MENGENAL BAKAT DI SEBALIK PERMAINAN BATU SEREMBAN

Permainan batu seremban. Sumber foto: serembanbatu.blogspot.com


Bagaimana mengenal bakat melalui permainan batu seremban? 
+ kerjasama (kecerdikan interpersonal)
+ mengetuai permainan (kecerdikan interpersonal)
+ tukang kira untuk kawan-kawan (kecerdikan logic-maths)
+ cekap tangkap bantal dan selalu menang (kecerdikan body-kinaesthetic)

MENGENAL BAKAT DI SEBALIK PERMAINAN CEPER

Permainan ceper. Sumber foto: muaz.deviantart.com

Bagaimana mengenal bakat melalui permainan ceper?
+ kumpul kawan ajak bermain (kecerdikan interpersonal)
+ tukang kira poin (kecerdikan logic-maths)
+ cekap tangkap ceper. Susah betul nak mati (kecerdikan body-kinestetik)
+ target tembak ceper selalu tepat. Susah betul nak mati (kecerdikan visual-spatial)

BAKAT DI SEBALIK PERMAINAN BALING SELIPAR

Permainan Baling Selipar. Sumber foto: ohtidak.com

Bagaimana mengenal bakat melalui permainan baling selipar?
+ tukang ajak bermain (kecerdikan interpersonal)
+ handal baling selipar tepat pada sasaran (kecerdikan visual-spatial)
+ berlari lincah dan susah terkena balingan selipar (kecerdikan body-kinestetik)

MENGENAL BAKAT DI SEBALIK PERMAINAN BALING TIN

Permainan Baling Tin. Sumber foto: nota-notapismppj.blogspot.com

Bagaimana mengenal bakat melalui permainan baling tin? 

+ kumpul kawan untuk bermain (kecerdikan interpersonal)
+ tepat baling tin sampai semuanya jatuh (kecerdikan visual-spatial)
+ licik menyusun tin semasa kejar-kejar (kecerdikan visual-spatial)
+ pantas berlari dan licik mengelak dibaling bola (kecerdikan body-kinestetik)

BAKAT-BAKAT NABI MUHAMMAD

Sewaktu kanak-kanak, Nabi Muhammad mengembala kambing.
+Beliau perlu pastikan bilangan kambing sentiasa cukup. Pada hal, beliau tidak mengenal nombor. (bakat logic maths)
+Beliau tahu mana kambing sihat, mana kambing sakit, mana kambing bunting. (bakat naturalist)
+Beliau ingat jalan menuju ke padang rumput di kawasan gurun Makkah itu. (bakat visual spatial)
+Beliau pandai berkomunikasi dengan pelanggan-pelanggan empunya kambing. (bakat interpersonal)

BAKAT WEATHER FORECASTER

Cik Puan Salleha Seth, Weather Forecaster (dulu), kini Talent Imagineer Sekolah Bakat.

Apakah bakat-bakat yang diperlukan untuk menjadi Weather Forecaster?
Karier sebagai Weather Forecaster merupakan salah satu cabang karier Fizik yang sangat mengujakan. Ini kerana, individu itu exposed kepada banyak aktiviti indoor dan outdoor. Jadi, apakah bakat-bakat yang diperlukan oleh Weather Forecaster untuk melaksanakan tugasnya?
1. Bakat logik matematik - beliau perlu mempunyai skil dan kebolehan untuk memerhati dan menganalisa maklumat cuaca serta membuat keputusan daripada analisis tersebut. Beliau memerlukan ilmu Fizik untuk menjalankan tugas ini.
2. Bakat visual spatial - hampir semua maklumat meteorlogi disampaikan dalam bentuk grafik. Presentationnya juga dalam bentuk grafik. Mereka banyak membaca carta dan diagram.
3. Bakat interpersonal - meteorologist tidak bekerja berseorangan. Sebaliknya, setiap keputusan mereka dicapai berdasarkan perbincangan kumpulan. Mereka juga kerap berjumpa dengan pelbagai jenis klien daripada orang awam, wartawan, korporat sampailah menteri.
4. Bakat linguistik - meteorologist banyak menulis artikel seperti kolum surat khabar, content untuk page dan website. malah, mereka perlu tahu bagaimana untuk mengolah istilah saintifik menjadi istilah yang boleh difahami oleh orang awam. Selain itu, mereka perlu persembahkan konten tersebut kepada audien.
5. Bakat naturalist - bagi meteorologist yang bertugas sebagai agrometeorologist, mereka banyak membuat kajian mengenai cuaca dan iklim untuk pertanian. Oleh itu, mereka perlu faham kaitan cuaca dengan sifat tumbuhan.

BAGAIMANA MENGENAL BAKAT ANAK

Petrosains
Perhatikan soalan yang dia tanya. Apabila dia kerap bertanya soalan tentang subjek tersebut, kemungkinan besar bakatnya akan lebih menyerlah di situ. Sebagai contoh, jika dia asyik bertanya tentang sains, dan asyik ajak pergi ke Petrosains, kemungkinan besar bakat terpendamnya adalah logik-matematik dan ia dapat diserlahkan dan dikembangkan di situ.

BAGAIMANA MENGENAL BAKAT ANAK?

Bagaimana mengesan bakat anak? 
+ perhatikan permainan/aktiviti yang dia suka lakukan
+ tanya guru. Bagaimanakah perilakunya di dalam kelas? 
+ Lihat pencapaian akademiknya. Dia lebih cenderung ke arah mana? 
+ Perhatikan rancangan TV yang dia suka tonton
+ Perhatikan jenis soalan yang dia selalu tanya

MENGENAL BAKAT DI SEBALIK PERMAINAN MERIAM BULUH

Meriam buluh hari raya. Sumber foto: dtenggara.blogspot.com

Adakah mereka suka modify bunga api, mercun atau meriam buluh? Aktiviti ini memerlukan imaginasi (idea memodifikasi) dan merealisasikan idea ke dalam dunia sebenar. Mereka juga perlu bijak menyukat kadar isi belerang mengikut panjang dan lebar buluh. Potensi bakat yang terlibat adalah visual-spatial, logik matematik dan bodily-kinesthetics. 

Apakah bidang yang mungkin sesuai dengan bakat mereka? Kejuruteraan.

BAKAT TIDAK MEMILIH KAYA ATAU MISKIN


Anak ini berasal dari sebuah perkampungan kecil dan mundur di Tanzania. Di dalam kelasnya hanya ada satu buku teks sahaja yang dikongsi beramai-ramai. 

Kerana minat, cita-cita dan bakat logic-matematiknya yang menyerlah, dia dapat menyambung pelajaran di Florida Air Academy, USA. 

Nota: Bakat beliau dikesan oleh Epic Change, sebuah badan NGO yang bermatlamat merealisasikan impian seseorang sehingga menjadi kenyataan.

Rujukan: www.npr.org 

KELAS SEKOLAH BAKAT



Mengambil tauladan daripada kisah Nabi Muhammad pada zaman kanak-kanak. Beliau belajar mengembala kambing di padang pasir. Pada waktu usianya yang masih rebung, beliau sudah pandai berbual-bual dengan pelbagai kelas penduduk Arab. Belajar secara hands-on dalam suasana outdoor adalah nilai yang diberikan dalam Sekolah Bakat.

KARIER DI SEBALIK BAKAT MELUKIS




Apakah potensi bakat yang dapat dilihat daripada aktiviti ini?

Anak ini tekun melukis. Detail lukisannya hampir sama dengan lukisan pada flash card. Dia mempunyai skil memerhati yang detail. Koordinasi mata dan tangannya bagus. Dia ada potensi jenis bakat visual spatial.

Kemudian, dia modify lukisan asal flashcard menjadi sebuah lukisan baharu. Dia kata, lukisannya adalah tentang satu sarang telur yang sedang digril. Telur itu kepanasan. Anak ini mempunyai daya imaginasi yang tinggi serta berpotensi mengolah bahan menjadi cerita. Dia ada potensi menjadi content producer.

Content producer sangat diperlukan dalam bidang kreatif seperti drama, event, game content, copywriting. Ditambah pula dengan potensi bakat visual spatial, dia boleh gabungkan kedua-dua bakat ini sebagai animator (contoh Siri Boboiboy), penulis komik, penulis siri kartun.

Langkah seterusnya adalah mengasah bakat ini supaya dia boleh berfikir dan bertindak seperti usahawan. Cara ini membantunya untuk hidup berdikari pada masa hadapan tanpa perlu bergantung sepenuhnya pada peluang pekerjaan. Dia sendiri boleh mencipta kerjayanya dan menggunakan kepakarannya di peringkat global. Ini adalah antara peluang mencipta kerjaya dan kekayaan pada zaman New Economy.

BAKAT NATURALIST



Individu yang mempunyai bakat naturalist mempunyai kecenderungan berikut:-
1. Sukakan aktiviti outdoor. Dia 'hidup' apabila berada di luar rumah. 
2. Dia sukakan haiwan. Haiwan pun mudah mendekatinya. 
3. Dia pandai bercucuk tanam. Campak saja biji benih terus menjadi.
4. Dia sukakan aktiviti nature seperti camping dan kembara.

Individu yang mempunyai bakat ini cenderung menjadi:-
1. Ecologist
2. Botanist
3. Vet (doktor haiwan)
4. Usahawan yang melibatkan haiwan
5. Usahawan yang melibatkan pertanian

Nabi Muhammad mempunyai bakat naturalist. Beliau pandai menguruskan ternakan kambing sehingga mampu mencipta pendapatan daripada servis tersebut sewaktu zaman kanak-kanak.

Bakat ini juga menjayakan 'reintroduction' serigala ke dalam ekosistem Taman Negara Yellowstone yang gersang suatu ketika dahulu.

BAKAT PROGRAMMER

Tuan Akmal Fikri, Programmer. 

Tim Sekolah Bakat telah menginterbiu Tuan Akmal Fikri Abdul Rahman (foto), seorang programmer. Bagaimanakah beliau menggunakan bakatnya untuk melaksanakan tugas? Ikuti interbiu ini. 
-------------------------------------------------------------------------------------------
Tuan Akmal Fikri adalah Chief Technological Officer (CTO) di ABS Holdings Sdn Bhd. Beliau berpengalaman 9 tahun dalam bidang programming. Antara projek beliau adalah membangunkan website ‘Rangkaian Tadika ABS’. Website ini

+ menjadi laman untuk pelawat mendapatkan maklumat
+ sistem yang memudahkan komunikasi maya antara ibu bapa dengan pengusaha tadika
+ sistem yang memudahkan urusan pentadbiran dan akaun antara rangkaian tadika dengan HQ

Apakah bakat-bakat yang perlu ada pada seorang programmer?

Bakat logic matematik.
Programmer perlu menguasai kod-kod programming sebelum mula berkomunikasi dengan computer. Dia sentiasa berfikir secara logic bagaimana mahu menyelesaikan sesuatu masalah. Setiap kali ada cadangan solusi, dia akan uji ia sehingga berjaya. Corak kerja yang memerlukan mereka berfikir logic, analisis dan kritis serta memahami paten kod-kod adalah termasuk dalam kategori bakat logic matematik.

Bakat interpersonal
Sebelum memulakan tugas, programmer akan berjumpa dengan klien. Dia akan mendengar apakah kehendak klien. Selalunya, klien tidak jelas dengan apa yang mereka mahukan. Oleh itu, programmer akan sentiasa berkomunikasi dengan klien sehingga mereka jelas dengan apa yang mereka mahukan dan projek siap dibangunkan dan beroperasi.

Bakat verbal linguistic
Programmer akan membentangkan progress projeknya kepada klien. Bagi memudahkan komunikasi di antara programmer dengan klien, maka programmer perlu menjadikan gaya bahasa programming nya ringkas sehingga mudah difahami oleh klien.

Bakat intrapersonal
Kebanyakan programmer suka bekerja sendirian. Mereka mempunyai disiplin tersendiri. Tidak suka diganggu dan sukakan privasi. Mereka tidak suka dikongkong. Jadi, tidak hairanlah kebanyakan programmer bekerja secara freelance.

Bakat visual spatial
Sesetengah programmer cum web designer, mereka boleh mendesain website supaya menjadi cantik dan menarik kepada pelawat. Mereka yang membuat tugas web designing ini mempunyai bakat visual spatial.
------------------------------------------------------------------------------------------
Ringkasnya, kita dapat mencapai impian dengan menggunakan bakat yang ada dalam diri. Masalahnya, apakah bakat dan kekuatan yang ada pada diri kita? Sekolah Bakat ABS membantu merangsang bakat dalam diri individu seterusnya membantu individu itu mengenal kekuatan diri masing-masing.

Temui individu-individu yang sudah berjaya membina hidup mereka bersandarkan bakat dan kekuatan masing-masing di Kongres Sekolah Bakat ABS. 

MOVIE BAKAT: GOOD WILL HUNTING

Mengisahkan seorang budak lelaki yang mempunyai kecergasan logik matematik dan visual spatial yang tinggi. Sungguh pun demikian, beberapa side backs berlaku dalam dirinya yang membuatkan dia tidak memanfaatkan sepenuhnya potensi tersebut. 

Sejak kecil, dia didera. Apabila besar, sikapnya menjadi kasar, tidak berdisiplin dan sukar untuk bergaul dengan orang lain malah sukar untuk mengawal dirinya sendiri. Dia juga tiada keyakinan diri. [ini adalah side back jangka masa panjang apabila kanak-kanak selalu didera sejak kecil].

Di sini, kita dapat lihat pembangunan bakat diri seseorang yang tidak seimbang. Hebat dalam logik matematik sahaja tidak dapat membantu seseorang itu untuk pergi jauh tinggi. Ia memerlukan kombinasi bakat holistik.

Dalam hal ini, dia memerlukan therapist untuk membantu dia mengenal diri (kecergasan intrapersonal).

Dia tidak berkomunikasi dengan baik dengan orang lain sehingga berlakunya pergaduhan (kecergasan interpersonal).

Sebuah karya yang bermakna untuk kita tonton.

BAKAT DAN MODAL SOSIAL

Bakat semulajadi Nabi Muhammad adalah berkomunikasi dengan haiwan. Ia termasuk dalam kategori naturalist (teori Multiple Intelligence). Melalui bakat ini, Nabi bijak menguruskan kambing ketika zaman kanak-kanaknya sehingga beliau mendapat kepercayaan penduduk Makkah. 

Sungguh pun demikian, bakat Nabi menyerlah dek ketinggian modal dirinya. Beliau
+ bijak bersosial dengan penduduk Makkah
+ tinggi aras pemikirannya walaupun tidak mengenal nombor dan huruf
+ tutur bahasa dan tingkah laku beliau berbudaya tinggi Skil-skil ini boleh dilatih. Skil-skil ini dapat menaikkan bakat seseorang.

BAKAT USAHAWAN TANI

Tuan Helmi Suhaimi, Usahawan Tani.

Pokok lada yang ditanam secara organik. 
Berapakah pendapatan usahawan tani sebulan? Menurut Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), seorang usahawan tani mampu memperoleh pendapatan sekitar RM30,000 sehingga RM50,000 sebulan. 

Malah, usahawan tani itu juga dapat mencipta pekerjaan untuk orang lain. Usahawan tani yang mengusahakan tanaman secara organik membantu masyarakat mendapatkan makanan yang berkhasiat dan menyihatkan. Berganda-ganda kebaikan dan pahala yang diperolehi oleh seorang usahawan tani.

Untuk menjadi usahawan tani yang berjaya, dia memerlukan bakat-bakat tertentu untuk melaksanakan kerjanya. Apakah bakat-bakat itu? Minggu ini, tim Sekolah Bakat ABS menemuramah Tuan Helmi Suhaimi, seorang usahawan tani yang mengusahakan tanaman organik.

1. Apakah karier Tuan?

Untuk karier atau apa yang saya usahakan ada dua. Yang pertama, saya merupakan seorang Green Economist atau secara mudahnya Usahawan Tani. Usaha ini merupakan satu usaha yang berlaku sejak tahun 2012.

Selain usahawan tani, saya juga adalah seorang Jurulatih Pembangunan Bakat dan Inovasi. Saya merangka modul berkaitan membangunkan bakat serta inovasi. Klien terdiri daripada individu perseorangan, sekolah, institusi, organisasi dan kementerian. Ia melalui syarikat yang dibentuk pada 2011 iaitu Inspirasi Bakat.

2. Apakah bakat-bakat yang diperlukan untuk menjadi seorang
usahawan tani yang berjaya?

Banyak gabungan bakat yang diperlukan untuk menjadi usahawan tani yang berjaya. Bakat-bakat yang diperlukan adalah :-

i. Bakat Body Kinestetik -Saya memerlukan aktiviti fizikal dalam kedua-dua perkara yang saya sedang usahakan. Dalam pertanian, wajib untuk mengangkat cangkul, tong dan lain-lain. Pergerakan badan satu kemestian dalam bertani.

ii. Bakat naturalist -Ini sememangnya bakat yang paling dekat sebagai seorang usahawan tani. Setiap hari perlu bermain-main serta bercakap-cakap dengan pokok, mengawal serangga perosak, berhubung dengan haiwan dan lain-lain lagi.

iii. Bakat Intrapersonal -Ketika di kebun atau bertani ini adalah bakat yang digunapakai. Bersendirian dan berseorangan menghadap tanaman.

iv. Bakat Muzikal - Pertanian memerlukan saya fokus untuk bersama-sama dengan tanaman dan muzik tidak dapat dibuka. Cuma kadang-kadang menyanyi-nyanyi sendiri.

v. Bakat Verbal Linguistik -Bakat ini saya gunakan ketika melakukan penerangan berkaitan pertanian dan tanaman. Kadangkala perlu menulis dan sesekali bercakap untuk memberi pemahaman berkaitan teknik dan cara tanaman dilaksanakan.

vi. Bakat Logik Matematik - Logiknya untuk mendapat hasil yang berkualiti dan bermutu perlu untuk melakukan penaakulan secara serius. Perlunya saya tahu kos projek dan jumlah jangkaan keuntungan. Kira-kira perlu.

vii. Bakat Visual Spatial - Baik di dunia tani atau latihan, saya suka berimaginasi untuk melihat hasil yang akan diperolehi. Gambaran-gambaran sudah pasti ke arah sesuatu yang cantik dan indah. Ia sekadar imaginasi.

Gambar-gambar berkaitan hasil tani kerap diambil untuk memperhatikan hasilnya. Begitu juga dengan latihan, gambar diambil untuk kenangan dan perjalanan latihan.

3. Apakah nasihat Tuan kepada orang yang berminat untuk menjadi usahawan tani?

i. Percayalah, setiap individu mempunyai bakatnya tersendiri.
Apabila kita percaya kita akan terus komited dan mempamerkan hasil bakat tersebut.

ii. Setiap individu perlu selidik bakat dan melakukan eksplorasi berkenaan bakat mereka. Mereka perlu bangunkan, dapatkan ilmu, belajar dan terus belajar demi meningkatkan bakat mereka.

iii. Gunakan sepenuhnya kekuatan yang ada dalam diri dan jangan terlalu risau kelemahan diri. Uruskannya!

Berkaryalah dengan sesuatu yang dikurniakan!

ORANG YANG LAMBAT MENGENAL BAKAT

Sesetengah orang menjumpai kemuncak hidupnya ketika berumur 40 tahun. Contoh, Conrad Ferdinand Meyer. Beliau adalah penyair yang masyhur di Switzerland.

Sewaktu zaman kanak-kanak, beliau mudah resah, senang terganggu dan muram. Ketika umurnya 27 tahun, beliau dimasukkan ke institusi mental. Beliau menganggap bahawa semua orang merasakan yang dia ini menjijikkan. Dia hampir membunuh diri kerana itu.

Akhirnya, apabila menjejak umur 40 tahun, segalanya berubah. Asalnya kurus kering macam jerangkung, badannya berubah menjadi berisi dan membela janggut. Beliau menghasilkan puisi-puisi yang disukai ramai.

Sesetengah bakat hanya dapat dikeluarkan pada umur dewasa. Sesetengah bakat lagi dapat dikeluarkan pada umur kanak-kanak. Banyak faktor yang mempengaruhi keadaan ini seperti persekitaran, cara dibesarkan dan sistem pendidikan yang dilalui.

Pada peringkat umur kanak-kanak, mereka perlu didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang merangkumi kelapan-lapan kecerdasan. Ia perlu dilakukan berterusan. Ini dapat membantu mereka mengenali diri dan bakat-bakat yang terpendam dalam diri. 


Sekolah Bakat ABS mewujudkan program Talent XCite yang dapat merangsang bakat anak-anak sejak di tadika. 

MERANGSANG BAKAT MENGGUNAKAN MEDIUM INSTAGRAM

Pergi ke taman atau padang sekolah selepas hujan atau selepas reda ribut petir. Keluarkan handphone dan klik gambar menggunakan Instagram. Jadikan ini aktiviti berkumpulan atau keluarga.

Tag nama mereka yang berkenaan. Lakukan aktiviti-aktiviti merangsang bakat seperti berikut :-

+ Verbal linguistik : berkongsi vocabulary dan write up di IG. Contoh, 'setelah awan kelam hilang, bermula nafas baru sekali lagi'. Ahli yang lain sambung. JANGAN KRITIK KARYA ITU. Ia akan membantutkan usaha merangsang bakat.

+ Visual spatial : menangkap gambar yang unik dan meaningful. Buatkan hashtag, contoh #afterrain. Semua orang ambil gambar dalam tema itu sahaja.

+ Logik matematik dan naturalist : Contoh, menghubung kait antara konsep sains cuaca dengan flora dan fauna. Pada gambar itu, tuliskan status. Contoh, titisan air di atas kelopak bunga, halus pada pandangan manusia, kasar pada sentuhan air.

+ Interpersonal : Kesemua aktiviti di atas merangsang bakat ini.

+ Intrapersonal : merefleksi diri melalui interaksi dengan alam sekeliling. Contoh, "Cuaca ini membuatkan saya rasa.... "

RANGSANGAN BAKAT DI SEBALIK PERMAINAN TARIK UPIH

Permainan tarik upih. Sumber foto: Wikipedia. 


Siapa yang pernah main tarik upih semasa zaman kanak-kanak? 

Saya pernah main tarikh upih sewaktu kecil. Ia sangat menyeronokkan. Kalau kita merajuk dengan kawan, apabila diajak main permainan ini, terus rajuk itu hilang. 

Upih diambil daripada pelepah kepala yang jatuh ke tanah. Semasa hendak ambil ia, kami berhati-hati takut-takut terpijak ular yang menyorok di bawah daun-daun kering. Kadang kala ada kala jengking atau lipan merah yang merayap. Ada juga semut api atau kerengga yang melata di tanah. 

Selalunya kami akan berebut-rebut mencari pelepah yang sempurna. Siapa yang dapat pelepah yang sempurna, maka peluang untuk dia menang pertandingan tarik upih adalah tinggi. Jadi, semasa hendak mula permainan tersebut, kami akan beri masa sesama kami dalam 5 - 10 minit mencari pelepah yang sesuai. Maka merayaplah kami dari semak ke semak, kebun ke kebun orang. 

Apabila kumpulan masing-masing sudah mendapat upih, kami saling menjeling upih masing-masing. Meneliti kekuatannya, baru atau lama. Kami tengok pula orang yang akan tarik upih dan yang akan duduk di upih itu. Berat atau ringan, kuat atau lemah. Kadangkala kami bertelagah kerana kekuatan ahli kumpulan tidak seimbang. Jadi, ada yang mencadangkan supaya osom semula. Ada kala menjadi, ada kala tidak. Akibatnya, ada lah yang merajuk keluar kumpulan. Balik rumah menangis-nangis sambil mengadu dekat emak. 

Sewaktu hendak bermain, kami pilih laman yang sesuai. Laman itu mestilah lembut dan kurang berbatu. Lebih luas lebih bagus. Satu orang akan menjadi pengadil. Bila dia kata "1...2...3 go" kami berebut-rebut menarik upih sekuat hati. Gamatlah suasana permainan di laman dengan sorak sorai penyokong.

Asal main ada saja yang tidak puas hati. Masing-masing enggan mengalah. Jadi, permainan selalunya akan berlangsung 3 pusingan. Pemenang dikira dari purata markah kerana mahukan penilaian yang adil seadilnya. Maka, bermulalah permainan sekali lagi sehingga ada pemenangnya.

Selepas habis permainan, ada yang membuang upih itu, ada yang membawa ia pulang. Mereka melihat dulu keadaan upih tersebut. Almaklum, selepas game ini mesti ada repeat game lagi.  

Baik, apakah bakat-bakat atau kecerdasan yang dirangsang dalam permainan tarik upih ini? 

1. Bodily kinesthetics : permainan ini sangat banyak menggunakan pergerakan badan. 

2. Naturalist : memerhati, menilai dan membuat keputusan akan pelepah dan upih yang sesuai untuk memenangi pertandingan. Juga, berhati-hati mengagak habitat dan pergerakan haiwan dan serangga. 

3. Logic matematik : mengadili pertandingan dengan seadil-adilnya. mencongak dengan tepat dan adil. Ability untuk menyusun taktik menarik upih supaya mudah menang. 

4. Intrapersonal : kebolehan / keupayaan untuk mengawal diri sendiri daripada cepat bertengkar atau cepat merajuk. 

5. Visual spatial : ability untuk memerhati dengan detail keadaan sesuatu tempat untuk mencari upih, habitat haiwan dan mrancang taktik permainan. 

6. Muzikal / auditori : ability untuk memerhati upih dan persekitaran melalui bunyinya. 

7 & 8. Verbal linguistic dan interpersonal : dialog perbualan dalam kumpulan itu. Cara memberikan arahan supaya semua faham. Cara berunding supaya supaya semua orang setuju untuk sertainya. Cara mengajak bermain. Cara memujuk kawan yang merajuk supaya semua orang tidak kena marah dengan emak kawan itu kalau dia mengadu kepadanya. haha...

Jadi, apa kata sekali sekala kita ajak anak-anak bermain upih. Selain menyihatkan badan, ia merangsang bakat-bakat terpendam dalam diri anak-anak. 

PENULIS ARTIKEL
Salleha Seth
Talent Imagineer, Sekolah Bakat ABS

BAKAT-BAKAT DI SEBALIK MUSICAL FOUNTAIN



Bakat-bakat yang diperlukan untuk menghasilkan "Musical Fountain" ini adalah:

1. Visual spatial (mengimaginasikan tarian air)
2. Logic maths (coding system musical fountain dan sistem senibina dan kejuruteraan pancutan air)
3. Body kinestetik (simulasi tarian sebenar kepada air).
4. Musical auditory (menyesuaikan muzik dengan tarian air)
5. Interpersonal (kebolehan untuk menjadikan keseluruhan persembahan mendapat perhatian penonton)

Kredit foto: Cik Puan Fauzana Zainudin
Lokasi: Taman KLCC

BAKAT DAN KARIER DUNIA HAIWAN


Apakah karakter orang yang suka studi tentang haiwan? 

Orang yang suka studi tentang haiwan dikategorikan dalam kecerdasan naturalist. Kecerdasan naturalist adalah apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan flora dan fauna dan alam sekitar seperti memancing, mendaki gunung, outdoor camp, memelihara haiwan, tanaman dan mempunyai awareness yang tinggi terhadap ekologi.

Contoh karier yang menggunakan kecerdasan naturalist yang tinggi adalah doktor haiwan, saintis bidang zoology, trainer haiwan, saintis botani dan herbalist. Pegawai-pegawai yang membuat kerja-kerja penyelidikan dan pengklonan pokok adalah tergolong dalam kategori naturalist. Mereka yang bekerja di National Geographics mempunyai kecerdasan naturalist yang tinggi.

Kecerdasan naturalist ada dalam diri setiap manusia tetapi dalam degree yang berbeza-beza. Kecerdasan naturalist yang tinggi dapat membentuk karakter manusia yang cintakan alam sekitar. Degree kecerdasan yang lebih tinggi pula, mereka sanggup fight for the environment, sebagai contoh Greenpeace dan IPCC (Intergovernmental Panel on Climate Change).

Kecerdasan naturalist dapat dipupuk sejak kecil melalui program-program rangsangan bakat. Sekolah Bakat melalui program Talent Xcite bertanggungjawab membangunkan dan menjalankan modul-modul merangsang bakat.

BAKAT YANG SIA-SIA

Ada individu yang sudah pandai melukis sejak kecil. Dia dihantar ke kelas-kelas yang dapat meningkatkan skil melukisnya. Ramai yang memuji-muji kualiti lukisannya. 

Tetapi hasil lukisannya tidak dapat dijual. Bakat dan kemahiran melukisnya tidak dapat ditukarkan menjadi sumber pendapatan utama. Akhirnya, bakat itu menjadi sia-sia.

Halangan di sini adalah, individu itu tidak diajar cara berfikir untuk menukarkan hasil bakat kepada sumber pendapatan. Skil yang diperlukan adalah skil berfikir gaya usahawan.

Dengan skil-skil ini,
+ dia tahu customer segment untuk lukisan-lukisannya.
+ dia tahu apakah nilai-nilai lukisan yang boleh ditawarkan kepada customer segmentnya.
+ dia tahu channel-channel yang boleh menghubungkan antara produknya dengan customernya.
+ dia tahu bagaimana mahu mewujudkan hubungan jangka masa panjang dengan customernya
+ dia tahu bagaimana mahu meletakkan harga pada lukisan-lukisannya.
+ sekiranya dia tidak suka buat perkara-perkara di atas, dia tahu bagaimana mencari partner yang boleh menukarkan hasil bakatnya kepada sumber pendapatan.

Skil dan praktikal menukarkan bakat kepada pendapatan tidak diajar di kelas-kelas bakat. Skil dan praktikal ini diajar dalam Sekolah Bakat ABS.

Ada 3 peringkat perkembangan bakat individu yang dilaksanakan oleh Sekolah Bakat ABS iaitu :-
1. Merangsang bakat
2. Mencungkil dan mengembangkan bakat
3. Menukarkan hasil bakat kepada bisnes


Kongres Sekolah Bakat akan diadakan pada 20 Disember 2014. Daftar di sini. http://bit.ly/kongres-bakat


BAKAT SEBAGAI HOBI?



Kekuatan landak terletak pada durinya. Kemudian ikhtiarnya untuk mengelakkan diri dari dibaham singa. 

Telah Tuhan berikan kepada setiap makhluk kekuatan masing-masing. Tuhan telah berikan bakat kepada setiap manusia. Apakah yang perlu manusia buat dengan bakat itu? Jadikan bakat sebagai hobi?

LEMPENG MONYET & BAKAT



Orang yang mempunyai bakat ini memiliki gabungan kecerdasan-kecerdasan berikut:-

1. Bodily kinesthetics - skil melukis bentuk muka haiwan di atas kuali
2. Visual spatial - skil menterjemah imaginasi muka haiwan ke realiti dalam bentuk pankek
3. Logik matematik -
a. skil menyusun doh langkah demi langkah di atas penkek mengikut kadar tindakbalas haba terhadap doh.
b. Skil membuat sukatan doh mengikut aras kepekatan dan warna tertentu.

Gabungan kesemua kecerdasan ini dapat mengembangkan bakat semulajadi dalam diri seseorang. Seseorang yang mahu membangunkan bakatnya, perlu melalui proses rangsangan bakat. Sekolah Bakat ABS melaksanakan program rangsangan bakat bermula dari umur 5 tahun.

Sempena Kongres Sekolah Bakat pada 20 Disember ini, kami akan mengadakan Talent Workshop untuk anak-anak sementara ibu bapa pula menghadiri kongres. Pada hari itu juga, ibu bapa akan mengetahui analisis pola bakat anak yang hadir workshop tersebut.

HIDUP DENGAN BAKAT

Pada masa hadapan, keperluan hidup semakin meningkat, barang semakin naik harga, peluang untuk mendapatkan pekerjaan semakin sempit. Ijazah yang diperolehi kurang menjamin pekerjaan yang baik untuk anak-anak. Situasi ini menjadikan survival anak-anak kita bagaikan telur di hujung tanduk. 

Bagaimanakah ibu bapa dapat membantu anaknya survive menjalani cabaran hidup? 

Antara dua faktor yang dapat membantu anak-anak survive cabaran hidup adalah bakat dan cara berfikir.

Bakat menjadi aset untuk anak itu survive dan mencipta rezeki. Manakala cara berfikir pula menentukan hayat survival.

Nabi Muhammad SAW memiliki cara berfikir gaya usahawan. Cara berfikir ini membantu beliau menjadi budak pengembala kambing yang dipercayai oleh pemilik-pemilik kambing di Makkah yang kaya raya. Cara berfikir itu membantu beliau menjadi usahawan kaya raya sehingga boleh memberikan hadiah perkahwinan yang mewah kepada Khadijah. Cara berfikir itu juga membantu beliau membina strategi menyebarkan dakwah sehinggakan Islam tersebar ke seluruh tanah arab pada waktu itu.

Anak-anak zaman sekarang mesti menguasai bakat dan cara berfikir gaya usahwan supaya dapat survive dengan cabaran masa hadapan.

Oleh itu, apakah tindakan permulaannya? Ada tiga peringkat tindakan iaitu merangsang bakat, mengembangkan bakat dengan skil berfikir gaya usahawan dan praktikal membina kehidupan dengan bakat.

Kongres Sekolah Bakat ABS akan menceritakan lebih lanjut tentang
1. Apakah cabaran-cabaran hidup pada zaman Ekonomi Baru.
2. Kenapa bakat dan skil berfikir menjadi alat survival anak-anak.
3. Bagaimana ibu bapa boleh merangsang dan mengenal bakat anak-anak.

Kongres Sekolah Bakat akan diadakan pada 20 Disember 2014.