Bagaimana Merangsang Bakat Anak Yang Suka Aktiviti Sains?

Imej: Little Ibnu Sina Camp

Soalan: anak saya suka buat eksperimen sains di rumah. Cita-citanya mahu menjadi saintis. Apakah yang perlu saya lakukan seterusnya?

Jawapan: Eksperimen sains banyak menggunakan kepintaran logic matematik. Kembangkan 8 kepintaran anak Puan dengan aktiviti-aktiviti berikut:-

Tema: Pengacara Science Show
1. Memilih karakter / watak untuk dibawa sebagai Pengacara Science Show (kepintaran intrapersonal)
2. Melakonkan watak itu ketika menjadi pengacara Science Show (kepintaran kinestetik tubuh)
3. Membuat skrip pengacara Science Show (kepintaran verbal linguistic)
4. Membuat penerangan konsep sains dalam bentuk lukisan atau gambarajah (kepintaran visual spatial)
5. Memilih dan memasukkan background music yang sesuai dengan mood penyampaian Science Show (kepintaran audio musical)
6. Membuat Science Show di taman bunga atau di laman rumah (kepintaran naturalist)
7. Menjemput kawan, ibu bapa dan adik beradik untuk menyaksikan Science Show (kepintaran interpersonal)

Bakat dan Karier Anthropologist



Pelajar yang terakhir di hadapan kelas itu menunjukkan kepintaran naturalist yang tinggi. Beliau boleh memberitahu tingkah laku kawan-kawannya. Mengkaji tingkah laku manusia merupakan karier anthropologist.
Dalam dunia bisnes, anthropologist dapat memberitahu potensi pasaran. Usahawan perlu ada kepintaran ini.

Mencungkil Bakat daripada Permainan



Apakah kepintaran yang diaktifkan melalui permainan ini?
1. Visual spatial
2. Logik matematik
3. Interpersonal (jika bermain dalam kumpulan)

Bagaimana Merangsang Bakat Anak Yang Suka Aktiviti Melukis

Imej: Program 8 Meja Bakat di Tawau, Sabah

Soalan: anak saya pandai melukis. Adakah ini bermakna anak saya berbakat dalam bidang lukisan?

Jawapan: melukis adalah salah satu bakat dalam kategori kepintaran visual spatial. Selain melukis, dedahkan anak dengan aktiviti berikut :-
1. Computer programming
2. Senibina ruang dalaman rumah
3. Lukisan kejuruteraan
4. Senibina lanskap taman
5. Membuat video klip muzik
6. Fotografi manusia, flora dan fauna
7. Reka hias event seperti kenduri kahwin
8. Solekan

Bakat-bakat di Sebalik 'Dancing In The Sky'


Untuk menghasilkan pertunjukan seperti ini memerlukan bAnyak kombinasi bakat. Antaranya
1. Interpersonal : mengetuai kumpulan ini
2. Visual spatial : mereka bentuk seni ini
3. Kinestetik tubuh : melakukan pertunjukan ini

Inovasi Sarang Madu Lebah



Dah tak perlu asap-asap lagi. Dari sarang lebah terus dapat madunya. Apakah kepintaran yang terlibat dalam rekacipta ini?

1. Naturalist - memahami karakter lebah
2. Visual spatial - bagaimana merekabentuk sistem pengumpulan madu lebah
3. Logik-matematik - Membuat formula gerak kerja sistem
4. Interpersonal - memahami kesukaran yang dihadapi oleh penuai madu dan mencari penyelesaian
5. Logik bisnes - mengkomersilkan rekacipta

Gabungan semua kecerdasan ini membawakan kebaikan kepada pengusaha madu dan konsumer.

(bakat) Fast & Furious



Fast & Furious versi remote control

Apakah kepintaran-kepintaran yang terlibat dalam menghasilkan video ini? 

1. Visual spatial - video shooting dan rekabentuk penggambaran
2. Kinestetik tubuh - pengawalan remote control
3. Musical / audio - bunyi special effects
4. Interpersonal - mereka bijak mengambil peluang sempena 'the release of' filem Fast & Furious 7 baru-baru ini. Benda tengah HOT, orang beri perhatian.