BAKAT PROGRAMMER

Tuan Akmal Fikri, Programmer. 

Tim Sekolah Bakat telah menginterbiu Tuan Akmal Fikri Abdul Rahman (foto), seorang programmer. Bagaimanakah beliau menggunakan bakatnya untuk melaksanakan tugas? Ikuti interbiu ini. 
-------------------------------------------------------------------------------------------
Tuan Akmal Fikri adalah Chief Technological Officer (CTO) di ABS Holdings Sdn Bhd. Beliau berpengalaman 9 tahun dalam bidang programming. Antara projek beliau adalah membangunkan website ‘Rangkaian Tadika ABS’. Website ini

+ menjadi laman untuk pelawat mendapatkan maklumat
+ sistem yang memudahkan komunikasi maya antara ibu bapa dengan pengusaha tadika
+ sistem yang memudahkan urusan pentadbiran dan akaun antara rangkaian tadika dengan HQ

Apakah bakat-bakat yang perlu ada pada seorang programmer?

Bakat logic matematik.
Programmer perlu menguasai kod-kod programming sebelum mula berkomunikasi dengan computer. Dia sentiasa berfikir secara logic bagaimana mahu menyelesaikan sesuatu masalah. Setiap kali ada cadangan solusi, dia akan uji ia sehingga berjaya. Corak kerja yang memerlukan mereka berfikir logic, analisis dan kritis serta memahami paten kod-kod adalah termasuk dalam kategori bakat logic matematik.

Bakat interpersonal
Sebelum memulakan tugas, programmer akan berjumpa dengan klien. Dia akan mendengar apakah kehendak klien. Selalunya, klien tidak jelas dengan apa yang mereka mahukan. Oleh itu, programmer akan sentiasa berkomunikasi dengan klien sehingga mereka jelas dengan apa yang mereka mahukan dan projek siap dibangunkan dan beroperasi.

Bakat verbal linguistic
Programmer akan membentangkan progress projeknya kepada klien. Bagi memudahkan komunikasi di antara programmer dengan klien, maka programmer perlu menjadikan gaya bahasa programming nya ringkas sehingga mudah difahami oleh klien.

Bakat intrapersonal
Kebanyakan programmer suka bekerja sendirian. Mereka mempunyai disiplin tersendiri. Tidak suka diganggu dan sukakan privasi. Mereka tidak suka dikongkong. Jadi, tidak hairanlah kebanyakan programmer bekerja secara freelance.

Bakat visual spatial
Sesetengah programmer cum web designer, mereka boleh mendesain website supaya menjadi cantik dan menarik kepada pelawat. Mereka yang membuat tugas web designing ini mempunyai bakat visual spatial.
------------------------------------------------------------------------------------------
Ringkasnya, kita dapat mencapai impian dengan menggunakan bakat yang ada dalam diri. Masalahnya, apakah bakat dan kekuatan yang ada pada diri kita? Sekolah Bakat ABS membantu merangsang bakat dalam diri individu seterusnya membantu individu itu mengenal kekuatan diri masing-masing.

Temui individu-individu yang sudah berjaya membina hidup mereka bersandarkan bakat dan kekuatan masing-masing di Kongres Sekolah Bakat ABS.