Mengenal Pasti Bakat Anak

Mengenal pasti bakat anak

Kita dapat mengenal pasti bakat anak melalui kepintarannya.

Hakikatnya, tiada ujian standard yang dapat mengenal pasti kepintaran seseorang sama ada dia kanak-kanak atau dewasa.

Sebaliknya, kita sendiri yang bertanya kepada diri sendiri tentang tingkah laku kita sewaktu melakukan rutin setiap hari.

Bagi kanak-kanak, salah satu cara untuk ibu bapa mengenal pasti kepintarannya adalah dengan memerhatikan tingkah lakunya ketika membuat kerja.

Oleh itu, ibu bapa perlu mengetahui tingkah laku bagi setiap kepintaran tersebut.


Penjelmaan Bakat

Penjelmaan bakat

Sesetengah bakat dapat dilihat sewaktu kanak-kanak masih kecil. Sesetengah bakat lagi hanya dapat dilihat apabila dia sudah dewasa. Sesetengah potensi bakat hilang apabila seseorang itu meningkat dewasa.

Oleh itu, adalah perlu untuk ibu bapa merancang aktiviti mengembangkan kepintaran sejak kecil. Ini adalah supaya pelbagai potensi b
akat dapat dicungkil sepanjang anak-anak meningkat usia.

Kepintaran Yang Tenggelam

Menurut kajian, manusia mempunyai 8 jenis kepintaran.

Di sekolah, kepintaran yang mendapat perhatian lebih adalah kepintaran bahasa dan matematik. Kepintaran yang lain tenggelam. Kesannya, kanak-kanak yang memiliki kepintaran lain yang tinggi tidak dapat nampak bakatnya.

Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan untuk mengembangkan kepintaran anak ini.


Mencungkil Bakat Anak


MENCUNGKIL BAKAT ANAK
Sewaktu anak masih kecil antara 4 - 12 tahun, ibu bapa galakkan mereka untuk mencuba pelbagai aktiviti baharu.
Ibu bapa perhatikan respons mereka terhadap aktiviti-aktiviti tersebut. Jika anak suka aktiviti itu, kemungkinan besar aktiviti itu mengandungi bakat-bakat terpendamnya.

Bagaimana mengenal pasti Bakat Anak?


BAGAIMANA MENGENAL PASTI BAKAT ANAK?

Berikan plastisin.

Anak yang ada bakat artistik cenderung membuat pelbagai bentuk daripada plastisin itu.
Anak yang ada bakat muzikal cenderung terhadap bunyi.
Anak yang ada bakat linguistik cenderung membaca pelbagai bahan bacaan.

Imej: freepik.com