RANGSANGAN BAKAT DI SEBALIK PERMAINAN TARIK UPIH

Permainan tarik upih. Sumber foto: Wikipedia. 


Siapa yang pernah main tarik upih semasa zaman kanak-kanak? 

Saya pernah main tarikh upih sewaktu kecil. Ia sangat menyeronokkan. Kalau kita merajuk dengan kawan, apabila diajak main permainan ini, terus rajuk itu hilang. 

Upih diambil daripada pelepah kepala yang jatuh ke tanah. Semasa hendak ambil ia, kami berhati-hati takut-takut terpijak ular yang menyorok di bawah daun-daun kering. Kadang kala ada kala jengking atau lipan merah yang merayap. Ada juga semut api atau kerengga yang melata di tanah. 

Selalunya kami akan berebut-rebut mencari pelepah yang sempurna. Siapa yang dapat pelepah yang sempurna, maka peluang untuk dia menang pertandingan tarik upih adalah tinggi. Jadi, semasa hendak mula permainan tersebut, kami akan beri masa sesama kami dalam 5 - 10 minit mencari pelepah yang sesuai. Maka merayaplah kami dari semak ke semak, kebun ke kebun orang. 

Apabila kumpulan masing-masing sudah mendapat upih, kami saling menjeling upih masing-masing. Meneliti kekuatannya, baru atau lama. Kami tengok pula orang yang akan tarik upih dan yang akan duduk di upih itu. Berat atau ringan, kuat atau lemah. Kadangkala kami bertelagah kerana kekuatan ahli kumpulan tidak seimbang. Jadi, ada yang mencadangkan supaya osom semula. Ada kala menjadi, ada kala tidak. Akibatnya, ada lah yang merajuk keluar kumpulan. Balik rumah menangis-nangis sambil mengadu dekat emak. 

Sewaktu hendak bermain, kami pilih laman yang sesuai. Laman itu mestilah lembut dan kurang berbatu. Lebih luas lebih bagus. Satu orang akan menjadi pengadil. Bila dia kata "1...2...3 go" kami berebut-rebut menarik upih sekuat hati. Gamatlah suasana permainan di laman dengan sorak sorai penyokong.

Asal main ada saja yang tidak puas hati. Masing-masing enggan mengalah. Jadi, permainan selalunya akan berlangsung 3 pusingan. Pemenang dikira dari purata markah kerana mahukan penilaian yang adil seadilnya. Maka, bermulalah permainan sekali lagi sehingga ada pemenangnya.

Selepas habis permainan, ada yang membuang upih itu, ada yang membawa ia pulang. Mereka melihat dulu keadaan upih tersebut. Almaklum, selepas game ini mesti ada repeat game lagi.  

Baik, apakah bakat-bakat atau kecerdasan yang dirangsang dalam permainan tarik upih ini? 

1. Bodily kinesthetics : permainan ini sangat banyak menggunakan pergerakan badan. 

2. Naturalist : memerhati, menilai dan membuat keputusan akan pelepah dan upih yang sesuai untuk memenangi pertandingan. Juga, berhati-hati mengagak habitat dan pergerakan haiwan dan serangga. 

3. Logic matematik : mengadili pertandingan dengan seadil-adilnya. mencongak dengan tepat dan adil. Ability untuk menyusun taktik menarik upih supaya mudah menang. 

4. Intrapersonal : kebolehan / keupayaan untuk mengawal diri sendiri daripada cepat bertengkar atau cepat merajuk. 

5. Visual spatial : ability untuk memerhati dengan detail keadaan sesuatu tempat untuk mencari upih, habitat haiwan dan mrancang taktik permainan. 

6. Muzikal / auditori : ability untuk memerhati upih dan persekitaran melalui bunyinya. 

7 & 8. Verbal linguistic dan interpersonal : dialog perbualan dalam kumpulan itu. Cara memberikan arahan supaya semua faham. Cara berunding supaya supaya semua orang setuju untuk sertainya. Cara mengajak bermain. Cara memujuk kawan yang merajuk supaya semua orang tidak kena marah dengan emak kawan itu kalau dia mengadu kepadanya. haha...

Jadi, apa kata sekali sekala kita ajak anak-anak bermain upih. Selain menyihatkan badan, ia merangsang bakat-bakat terpendam dalam diri anak-anak. 

PENULIS ARTIKEL
Salleha Seth
Talent Imagineer, Sekolah Bakat ABS