Mencungkil Bakat Anak


MENCUNGKIL BAKAT ANAK
Sewaktu anak masih kecil antara 4 - 12 tahun, ibu bapa galakkan mereka untuk mencuba pelbagai aktiviti baharu.
Ibu bapa perhatikan respons mereka terhadap aktiviti-aktiviti tersebut. Jika anak suka aktiviti itu, kemungkinan besar aktiviti itu mengandungi bakat-bakat terpendamnya.

Bagaimana mengenal pasti Bakat Anak?


BAGAIMANA MENGENAL PASTI BAKAT ANAK?

Berikan plastisin.

Anak yang ada bakat artistik cenderung membuat pelbagai bentuk daripada plastisin itu.
Anak yang ada bakat muzikal cenderung terhadap bunyi.
Anak yang ada bakat linguistik cenderung membaca pelbagai bahan bacaan.

Imej: freepik.com

Bagaimana Merangsang Bakat Anak Yang Suka Aktiviti Sains?

Imej: Little Ibnu Sina Camp

Soalan: anak saya suka buat eksperimen sains di rumah. Cita-citanya mahu menjadi saintis. Apakah yang perlu saya lakukan seterusnya?

Jawapan: Eksperimen sains banyak menggunakan kepintaran logic matematik. Kembangkan 8 kepintaran anak Puan dengan aktiviti-aktiviti berikut:-

Tema: Pengacara Science Show
1. Memilih karakter / watak untuk dibawa sebagai Pengacara Science Show (kepintaran intrapersonal)
2. Melakonkan watak itu ketika menjadi pengacara Science Show (kepintaran kinestetik tubuh)
3. Membuat skrip pengacara Science Show (kepintaran verbal linguistic)
4. Membuat penerangan konsep sains dalam bentuk lukisan atau gambarajah (kepintaran visual spatial)
5. Memilih dan memasukkan background music yang sesuai dengan mood penyampaian Science Show (kepintaran audio musical)
6. Membuat Science Show di taman bunga atau di laman rumah (kepintaran naturalist)
7. Menjemput kawan, ibu bapa dan adik beradik untuk menyaksikan Science Show (kepintaran interpersonal)

Bakat dan Karier Anthropologist



Pelajar yang terakhir di hadapan kelas itu menunjukkan kepintaran naturalist yang tinggi. Beliau boleh memberitahu tingkah laku kawan-kawannya. Mengkaji tingkah laku manusia merupakan karier anthropologist.
Dalam dunia bisnes, anthropologist dapat memberitahu potensi pasaran. Usahawan perlu ada kepintaran ini.

Mencungkil Bakat daripada Permainan



Apakah kepintaran yang diaktifkan melalui permainan ini?
1. Visual spatial
2. Logik matematik
3. Interpersonal (jika bermain dalam kumpulan)

Bagaimana Merangsang Bakat Anak Yang Suka Aktiviti Melukis

Imej: Program 8 Meja Bakat di Tawau, Sabah

Soalan: anak saya pandai melukis. Adakah ini bermakna anak saya berbakat dalam bidang lukisan?

Jawapan: melukis adalah salah satu bakat dalam kategori kepintaran visual spatial. Selain melukis, dedahkan anak dengan aktiviti berikut :-
1. Computer programming
2. Senibina ruang dalaman rumah
3. Lukisan kejuruteraan
4. Senibina lanskap taman
5. Membuat video klip muzik
6. Fotografi manusia, flora dan fauna
7. Reka hias event seperti kenduri kahwin
8. Solekan