Showing posts with label permainan bakat. Show all posts
Showing posts with label permainan bakat. Show all posts

MENGENAL BAKAT DI SEBALIK PERMAINAN BATU SEREMBAN

Permainan batu seremban. Sumber foto: serembanbatu.blogspot.com


Bagaimana mengenal bakat melalui permainan batu seremban? 
+ kerjasama (kecerdikan interpersonal)
+ mengetuai permainan (kecerdikan interpersonal)
+ tukang kira untuk kawan-kawan (kecerdikan logic-maths)
+ cekap tangkap bantal dan selalu menang (kecerdikan body-kinaesthetic)

MENGENAL BAKAT DI SEBALIK PERMAINAN CEPER

Permainan ceper. Sumber foto: muaz.deviantart.com

Bagaimana mengenal bakat melalui permainan ceper?
+ kumpul kawan ajak bermain (kecerdikan interpersonal)
+ tukang kira poin (kecerdikan logic-maths)
+ cekap tangkap ceper. Susah betul nak mati (kecerdikan body-kinestetik)
+ target tembak ceper selalu tepat. Susah betul nak mati (kecerdikan visual-spatial)

BAKAT DI SEBALIK PERMAINAN BALING SELIPAR

Permainan Baling Selipar. Sumber foto: ohtidak.com

Bagaimana mengenal bakat melalui permainan baling selipar?
+ tukang ajak bermain (kecerdikan interpersonal)
+ handal baling selipar tepat pada sasaran (kecerdikan visual-spatial)
+ berlari lincah dan susah terkena balingan selipar (kecerdikan body-kinestetik)

MENGENAL BAKAT DI SEBALIK PERMAINAN BALING TIN

Permainan Baling Tin. Sumber foto: nota-notapismppj.blogspot.com

Bagaimana mengenal bakat melalui permainan baling tin? 

+ kumpul kawan untuk bermain (kecerdikan interpersonal)
+ tepat baling tin sampai semuanya jatuh (kecerdikan visual-spatial)
+ licik menyusun tin semasa kejar-kejar (kecerdikan visual-spatial)
+ pantas berlari dan licik mengelak dibaling bola (kecerdikan body-kinestetik)

MENGENAL BAKAT DI SEBALIK PERMAINAN MERIAM BULUH

Meriam buluh hari raya. Sumber foto: dtenggara.blogspot.com

Adakah mereka suka modify bunga api, mercun atau meriam buluh? Aktiviti ini memerlukan imaginasi (idea memodifikasi) dan merealisasikan idea ke dalam dunia sebenar. Mereka juga perlu bijak menyukat kadar isi belerang mengikut panjang dan lebar buluh. Potensi bakat yang terlibat adalah visual-spatial, logik matematik dan bodily-kinesthetics. 

Apakah bidang yang mungkin sesuai dengan bakat mereka? Kejuruteraan.

MERANGSANG BAKAT MENGGUNAKAN MEDIUM INSTAGRAM

Pergi ke taman atau padang sekolah selepas hujan atau selepas reda ribut petir. Keluarkan handphone dan klik gambar menggunakan Instagram. Jadikan ini aktiviti berkumpulan atau keluarga.

Tag nama mereka yang berkenaan. Lakukan aktiviti-aktiviti merangsang bakat seperti berikut :-

+ Verbal linguistik : berkongsi vocabulary dan write up di IG. Contoh, 'setelah awan kelam hilang, bermula nafas baru sekali lagi'. Ahli yang lain sambung. JANGAN KRITIK KARYA ITU. Ia akan membantutkan usaha merangsang bakat.

+ Visual spatial : menangkap gambar yang unik dan meaningful. Buatkan hashtag, contoh #afterrain. Semua orang ambil gambar dalam tema itu sahaja.

+ Logik matematik dan naturalist : Contoh, menghubung kait antara konsep sains cuaca dengan flora dan fauna. Pada gambar itu, tuliskan status. Contoh, titisan air di atas kelopak bunga, halus pada pandangan manusia, kasar pada sentuhan air.

+ Interpersonal : Kesemua aktiviti di atas merangsang bakat ini.

+ Intrapersonal : merefleksi diri melalui interaksi dengan alam sekeliling. Contoh, "Cuaca ini membuatkan saya rasa.... "

RANGSANGAN BAKAT DI SEBALIK PERMAINAN TARIK UPIH

Permainan tarik upih. Sumber foto: Wikipedia. 


Siapa yang pernah main tarik upih semasa zaman kanak-kanak? 

Saya pernah main tarikh upih sewaktu kecil. Ia sangat menyeronokkan. Kalau kita merajuk dengan kawan, apabila diajak main permainan ini, terus rajuk itu hilang. 

Upih diambil daripada pelepah kepala yang jatuh ke tanah. Semasa hendak ambil ia, kami berhati-hati takut-takut terpijak ular yang menyorok di bawah daun-daun kering. Kadang kala ada kala jengking atau lipan merah yang merayap. Ada juga semut api atau kerengga yang melata di tanah. 

Selalunya kami akan berebut-rebut mencari pelepah yang sempurna. Siapa yang dapat pelepah yang sempurna, maka peluang untuk dia menang pertandingan tarik upih adalah tinggi. Jadi, semasa hendak mula permainan tersebut, kami akan beri masa sesama kami dalam 5 - 10 minit mencari pelepah yang sesuai. Maka merayaplah kami dari semak ke semak, kebun ke kebun orang. 

Apabila kumpulan masing-masing sudah mendapat upih, kami saling menjeling upih masing-masing. Meneliti kekuatannya, baru atau lama. Kami tengok pula orang yang akan tarik upih dan yang akan duduk di upih itu. Berat atau ringan, kuat atau lemah. Kadangkala kami bertelagah kerana kekuatan ahli kumpulan tidak seimbang. Jadi, ada yang mencadangkan supaya osom semula. Ada kala menjadi, ada kala tidak. Akibatnya, ada lah yang merajuk keluar kumpulan. Balik rumah menangis-nangis sambil mengadu dekat emak. 

Sewaktu hendak bermain, kami pilih laman yang sesuai. Laman itu mestilah lembut dan kurang berbatu. Lebih luas lebih bagus. Satu orang akan menjadi pengadil. Bila dia kata "1...2...3 go" kami berebut-rebut menarik upih sekuat hati. Gamatlah suasana permainan di laman dengan sorak sorai penyokong.

Asal main ada saja yang tidak puas hati. Masing-masing enggan mengalah. Jadi, permainan selalunya akan berlangsung 3 pusingan. Pemenang dikira dari purata markah kerana mahukan penilaian yang adil seadilnya. Maka, bermulalah permainan sekali lagi sehingga ada pemenangnya.

Selepas habis permainan, ada yang membuang upih itu, ada yang membawa ia pulang. Mereka melihat dulu keadaan upih tersebut. Almaklum, selepas game ini mesti ada repeat game lagi.  

Baik, apakah bakat-bakat atau kecerdasan yang dirangsang dalam permainan tarik upih ini? 

1. Bodily kinesthetics : permainan ini sangat banyak menggunakan pergerakan badan. 

2. Naturalist : memerhati, menilai dan membuat keputusan akan pelepah dan upih yang sesuai untuk memenangi pertandingan. Juga, berhati-hati mengagak habitat dan pergerakan haiwan dan serangga. 

3. Logic matematik : mengadili pertandingan dengan seadil-adilnya. mencongak dengan tepat dan adil. Ability untuk menyusun taktik menarik upih supaya mudah menang. 

4. Intrapersonal : kebolehan / keupayaan untuk mengawal diri sendiri daripada cepat bertengkar atau cepat merajuk. 

5. Visual spatial : ability untuk memerhati dengan detail keadaan sesuatu tempat untuk mencari upih, habitat haiwan dan mrancang taktik permainan. 

6. Muzikal / auditori : ability untuk memerhati upih dan persekitaran melalui bunyinya. 

7 & 8. Verbal linguistic dan interpersonal : dialog perbualan dalam kumpulan itu. Cara memberikan arahan supaya semua faham. Cara berunding supaya supaya semua orang setuju untuk sertainya. Cara mengajak bermain. Cara memujuk kawan yang merajuk supaya semua orang tidak kena marah dengan emak kawan itu kalau dia mengadu kepadanya. haha...

Jadi, apa kata sekali sekala kita ajak anak-anak bermain upih. Selain menyihatkan badan, ia merangsang bakat-bakat terpendam dalam diri anak-anak. 

PENULIS ARTIKEL
Salleha Seth
Talent Imagineer, Sekolah Bakat ABS