Showing posts with label intrapersonal. Show all posts
Showing posts with label intrapersonal. Show all posts

BAKAT PROGRAMMER

Tuan Akmal Fikri, Programmer. 

Tim Sekolah Bakat telah menginterbiu Tuan Akmal Fikri Abdul Rahman (foto), seorang programmer. Bagaimanakah beliau menggunakan bakatnya untuk melaksanakan tugas? Ikuti interbiu ini. 
-------------------------------------------------------------------------------------------
Tuan Akmal Fikri adalah Chief Technological Officer (CTO) di ABS Holdings Sdn Bhd. Beliau berpengalaman 9 tahun dalam bidang programming. Antara projek beliau adalah membangunkan website ‘Rangkaian Tadika ABS’. Website ini

+ menjadi laman untuk pelawat mendapatkan maklumat
+ sistem yang memudahkan komunikasi maya antara ibu bapa dengan pengusaha tadika
+ sistem yang memudahkan urusan pentadbiran dan akaun antara rangkaian tadika dengan HQ

Apakah bakat-bakat yang perlu ada pada seorang programmer?

Bakat logic matematik.
Programmer perlu menguasai kod-kod programming sebelum mula berkomunikasi dengan computer. Dia sentiasa berfikir secara logic bagaimana mahu menyelesaikan sesuatu masalah. Setiap kali ada cadangan solusi, dia akan uji ia sehingga berjaya. Corak kerja yang memerlukan mereka berfikir logic, analisis dan kritis serta memahami paten kod-kod adalah termasuk dalam kategori bakat logic matematik.

Bakat interpersonal
Sebelum memulakan tugas, programmer akan berjumpa dengan klien. Dia akan mendengar apakah kehendak klien. Selalunya, klien tidak jelas dengan apa yang mereka mahukan. Oleh itu, programmer akan sentiasa berkomunikasi dengan klien sehingga mereka jelas dengan apa yang mereka mahukan dan projek siap dibangunkan dan beroperasi.

Bakat verbal linguistic
Programmer akan membentangkan progress projeknya kepada klien. Bagi memudahkan komunikasi di antara programmer dengan klien, maka programmer perlu menjadikan gaya bahasa programming nya ringkas sehingga mudah difahami oleh klien.

Bakat intrapersonal
Kebanyakan programmer suka bekerja sendirian. Mereka mempunyai disiplin tersendiri. Tidak suka diganggu dan sukakan privasi. Mereka tidak suka dikongkong. Jadi, tidak hairanlah kebanyakan programmer bekerja secara freelance.

Bakat visual spatial
Sesetengah programmer cum web designer, mereka boleh mendesain website supaya menjadi cantik dan menarik kepada pelawat. Mereka yang membuat tugas web designing ini mempunyai bakat visual spatial.
------------------------------------------------------------------------------------------
Ringkasnya, kita dapat mencapai impian dengan menggunakan bakat yang ada dalam diri. Masalahnya, apakah bakat dan kekuatan yang ada pada diri kita? Sekolah Bakat ABS membantu merangsang bakat dalam diri individu seterusnya membantu individu itu mengenal kekuatan diri masing-masing.

Temui individu-individu yang sudah berjaya membina hidup mereka bersandarkan bakat dan kekuatan masing-masing di Kongres Sekolah Bakat ABS. 

MOVIE BAKAT: GOOD WILL HUNTING

Mengisahkan seorang budak lelaki yang mempunyai kecergasan logik matematik dan visual spatial yang tinggi. Sungguh pun demikian, beberapa side backs berlaku dalam dirinya yang membuatkan dia tidak memanfaatkan sepenuhnya potensi tersebut. 

Sejak kecil, dia didera. Apabila besar, sikapnya menjadi kasar, tidak berdisiplin dan sukar untuk bergaul dengan orang lain malah sukar untuk mengawal dirinya sendiri. Dia juga tiada keyakinan diri. [ini adalah side back jangka masa panjang apabila kanak-kanak selalu didera sejak kecil].

Di sini, kita dapat lihat pembangunan bakat diri seseorang yang tidak seimbang. Hebat dalam logik matematik sahaja tidak dapat membantu seseorang itu untuk pergi jauh tinggi. Ia memerlukan kombinasi bakat holistik.

Dalam hal ini, dia memerlukan therapist untuk membantu dia mengenal diri (kecergasan intrapersonal).

Dia tidak berkomunikasi dengan baik dengan orang lain sehingga berlakunya pergaduhan (kecergasan interpersonal).

Sebuah karya yang bermakna untuk kita tonton.

BAKAT USAHAWAN TANI

Tuan Helmi Suhaimi, Usahawan Tani.

Pokok lada yang ditanam secara organik. 
Berapakah pendapatan usahawan tani sebulan? Menurut Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), seorang usahawan tani mampu memperoleh pendapatan sekitar RM30,000 sehingga RM50,000 sebulan. 

Malah, usahawan tani itu juga dapat mencipta pekerjaan untuk orang lain. Usahawan tani yang mengusahakan tanaman secara organik membantu masyarakat mendapatkan makanan yang berkhasiat dan menyihatkan. Berganda-ganda kebaikan dan pahala yang diperolehi oleh seorang usahawan tani.

Untuk menjadi usahawan tani yang berjaya, dia memerlukan bakat-bakat tertentu untuk melaksanakan kerjanya. Apakah bakat-bakat itu? Minggu ini, tim Sekolah Bakat ABS menemuramah Tuan Helmi Suhaimi, seorang usahawan tani yang mengusahakan tanaman organik.

1. Apakah karier Tuan?

Untuk karier atau apa yang saya usahakan ada dua. Yang pertama, saya merupakan seorang Green Economist atau secara mudahnya Usahawan Tani. Usaha ini merupakan satu usaha yang berlaku sejak tahun 2012.

Selain usahawan tani, saya juga adalah seorang Jurulatih Pembangunan Bakat dan Inovasi. Saya merangka modul berkaitan membangunkan bakat serta inovasi. Klien terdiri daripada individu perseorangan, sekolah, institusi, organisasi dan kementerian. Ia melalui syarikat yang dibentuk pada 2011 iaitu Inspirasi Bakat.

2. Apakah bakat-bakat yang diperlukan untuk menjadi seorang
usahawan tani yang berjaya?

Banyak gabungan bakat yang diperlukan untuk menjadi usahawan tani yang berjaya. Bakat-bakat yang diperlukan adalah :-

i. Bakat Body Kinestetik -Saya memerlukan aktiviti fizikal dalam kedua-dua perkara yang saya sedang usahakan. Dalam pertanian, wajib untuk mengangkat cangkul, tong dan lain-lain. Pergerakan badan satu kemestian dalam bertani.

ii. Bakat naturalist -Ini sememangnya bakat yang paling dekat sebagai seorang usahawan tani. Setiap hari perlu bermain-main serta bercakap-cakap dengan pokok, mengawal serangga perosak, berhubung dengan haiwan dan lain-lain lagi.

iii. Bakat Intrapersonal -Ketika di kebun atau bertani ini adalah bakat yang digunapakai. Bersendirian dan berseorangan menghadap tanaman.

iv. Bakat Muzikal - Pertanian memerlukan saya fokus untuk bersama-sama dengan tanaman dan muzik tidak dapat dibuka. Cuma kadang-kadang menyanyi-nyanyi sendiri.

v. Bakat Verbal Linguistik -Bakat ini saya gunakan ketika melakukan penerangan berkaitan pertanian dan tanaman. Kadangkala perlu menulis dan sesekali bercakap untuk memberi pemahaman berkaitan teknik dan cara tanaman dilaksanakan.

vi. Bakat Logik Matematik - Logiknya untuk mendapat hasil yang berkualiti dan bermutu perlu untuk melakukan penaakulan secara serius. Perlunya saya tahu kos projek dan jumlah jangkaan keuntungan. Kira-kira perlu.

vii. Bakat Visual Spatial - Baik di dunia tani atau latihan, saya suka berimaginasi untuk melihat hasil yang akan diperolehi. Gambaran-gambaran sudah pasti ke arah sesuatu yang cantik dan indah. Ia sekadar imaginasi.

Gambar-gambar berkaitan hasil tani kerap diambil untuk memperhatikan hasilnya. Begitu juga dengan latihan, gambar diambil untuk kenangan dan perjalanan latihan.

3. Apakah nasihat Tuan kepada orang yang berminat untuk menjadi usahawan tani?

i. Percayalah, setiap individu mempunyai bakatnya tersendiri.
Apabila kita percaya kita akan terus komited dan mempamerkan hasil bakat tersebut.

ii. Setiap individu perlu selidik bakat dan melakukan eksplorasi berkenaan bakat mereka. Mereka perlu bangunkan, dapatkan ilmu, belajar dan terus belajar demi meningkatkan bakat mereka.

iii. Gunakan sepenuhnya kekuatan yang ada dalam diri dan jangan terlalu risau kelemahan diri. Uruskannya!

Berkaryalah dengan sesuatu yang dikurniakan!

MERANGSANG BAKAT MENGGUNAKAN MEDIUM INSTAGRAM

Pergi ke taman atau padang sekolah selepas hujan atau selepas reda ribut petir. Keluarkan handphone dan klik gambar menggunakan Instagram. Jadikan ini aktiviti berkumpulan atau keluarga.

Tag nama mereka yang berkenaan. Lakukan aktiviti-aktiviti merangsang bakat seperti berikut :-

+ Verbal linguistik : berkongsi vocabulary dan write up di IG. Contoh, 'setelah awan kelam hilang, bermula nafas baru sekali lagi'. Ahli yang lain sambung. JANGAN KRITIK KARYA ITU. Ia akan membantutkan usaha merangsang bakat.

+ Visual spatial : menangkap gambar yang unik dan meaningful. Buatkan hashtag, contoh #afterrain. Semua orang ambil gambar dalam tema itu sahaja.

+ Logik matematik dan naturalist : Contoh, menghubung kait antara konsep sains cuaca dengan flora dan fauna. Pada gambar itu, tuliskan status. Contoh, titisan air di atas kelopak bunga, halus pada pandangan manusia, kasar pada sentuhan air.

+ Interpersonal : Kesemua aktiviti di atas merangsang bakat ini.

+ Intrapersonal : merefleksi diri melalui interaksi dengan alam sekeliling. Contoh, "Cuaca ini membuatkan saya rasa.... "

RANGSANGAN BAKAT DI SEBALIK PERMAINAN TARIK UPIH

Permainan tarik upih. Sumber foto: Wikipedia. 


Siapa yang pernah main tarik upih semasa zaman kanak-kanak? 

Saya pernah main tarikh upih sewaktu kecil. Ia sangat menyeronokkan. Kalau kita merajuk dengan kawan, apabila diajak main permainan ini, terus rajuk itu hilang. 

Upih diambil daripada pelepah kepala yang jatuh ke tanah. Semasa hendak ambil ia, kami berhati-hati takut-takut terpijak ular yang menyorok di bawah daun-daun kering. Kadang kala ada kala jengking atau lipan merah yang merayap. Ada juga semut api atau kerengga yang melata di tanah. 

Selalunya kami akan berebut-rebut mencari pelepah yang sempurna. Siapa yang dapat pelepah yang sempurna, maka peluang untuk dia menang pertandingan tarik upih adalah tinggi. Jadi, semasa hendak mula permainan tersebut, kami akan beri masa sesama kami dalam 5 - 10 minit mencari pelepah yang sesuai. Maka merayaplah kami dari semak ke semak, kebun ke kebun orang. 

Apabila kumpulan masing-masing sudah mendapat upih, kami saling menjeling upih masing-masing. Meneliti kekuatannya, baru atau lama. Kami tengok pula orang yang akan tarik upih dan yang akan duduk di upih itu. Berat atau ringan, kuat atau lemah. Kadangkala kami bertelagah kerana kekuatan ahli kumpulan tidak seimbang. Jadi, ada yang mencadangkan supaya osom semula. Ada kala menjadi, ada kala tidak. Akibatnya, ada lah yang merajuk keluar kumpulan. Balik rumah menangis-nangis sambil mengadu dekat emak. 

Sewaktu hendak bermain, kami pilih laman yang sesuai. Laman itu mestilah lembut dan kurang berbatu. Lebih luas lebih bagus. Satu orang akan menjadi pengadil. Bila dia kata "1...2...3 go" kami berebut-rebut menarik upih sekuat hati. Gamatlah suasana permainan di laman dengan sorak sorai penyokong.

Asal main ada saja yang tidak puas hati. Masing-masing enggan mengalah. Jadi, permainan selalunya akan berlangsung 3 pusingan. Pemenang dikira dari purata markah kerana mahukan penilaian yang adil seadilnya. Maka, bermulalah permainan sekali lagi sehingga ada pemenangnya.

Selepas habis permainan, ada yang membuang upih itu, ada yang membawa ia pulang. Mereka melihat dulu keadaan upih tersebut. Almaklum, selepas game ini mesti ada repeat game lagi.  

Baik, apakah bakat-bakat atau kecerdasan yang dirangsang dalam permainan tarik upih ini? 

1. Bodily kinesthetics : permainan ini sangat banyak menggunakan pergerakan badan. 

2. Naturalist : memerhati, menilai dan membuat keputusan akan pelepah dan upih yang sesuai untuk memenangi pertandingan. Juga, berhati-hati mengagak habitat dan pergerakan haiwan dan serangga. 

3. Logic matematik : mengadili pertandingan dengan seadil-adilnya. mencongak dengan tepat dan adil. Ability untuk menyusun taktik menarik upih supaya mudah menang. 

4. Intrapersonal : kebolehan / keupayaan untuk mengawal diri sendiri daripada cepat bertengkar atau cepat merajuk. 

5. Visual spatial : ability untuk memerhati dengan detail keadaan sesuatu tempat untuk mencari upih, habitat haiwan dan mrancang taktik permainan. 

6. Muzikal / auditori : ability untuk memerhati upih dan persekitaran melalui bunyinya. 

7 & 8. Verbal linguistic dan interpersonal : dialog perbualan dalam kumpulan itu. Cara memberikan arahan supaya semua faham. Cara berunding supaya supaya semua orang setuju untuk sertainya. Cara mengajak bermain. Cara memujuk kawan yang merajuk supaya semua orang tidak kena marah dengan emak kawan itu kalau dia mengadu kepadanya. haha...

Jadi, apa kata sekali sekala kita ajak anak-anak bermain upih. Selain menyihatkan badan, ia merangsang bakat-bakat terpendam dalam diri anak-anak. 

PENULIS ARTIKEL
Salleha Seth
Talent Imagineer, Sekolah Bakat ABS

LEMPENG MONYET & BAKAT



Orang yang mempunyai bakat ini memiliki gabungan kecerdasan-kecerdasan berikut:-

1. Bodily kinesthetics - skil melukis bentuk muka haiwan di atas kuali
2. Visual spatial - skil menterjemah imaginasi muka haiwan ke realiti dalam bentuk pankek
3. Logik matematik -
a. skil menyusun doh langkah demi langkah di atas penkek mengikut kadar tindakbalas haba terhadap doh.
b. Skil membuat sukatan doh mengikut aras kepekatan dan warna tertentu.

Gabungan kesemua kecerdasan ini dapat mengembangkan bakat semulajadi dalam diri seseorang. Seseorang yang mahu membangunkan bakatnya, perlu melalui proses rangsangan bakat. Sekolah Bakat ABS melaksanakan program rangsangan bakat bermula dari umur 5 tahun.

Sempena Kongres Sekolah Bakat pada 20 Disember ini, kami akan mengadakan Talent Workshop untuk anak-anak sementara ibu bapa pula menghadiri kongres. Pada hari itu juga, ibu bapa akan mengetahui analisis pola bakat anak yang hadir workshop tersebut.

MERANGSANG BAKAT DALAM AKTIVITI GERHANA BULAN

Malam ini bakal berlaku fenomena Gerhana Bulan Penuh. Masukkan aktiviti-aktiviti seperti di bawah ini untuk mencanai potensi bakat anak-anak. 

1. Logik Matematik - pergi ke Planetarium atau Putrajaya (seperti dalam poster). Lihat melalui teleskop. Daripada pemerhatian, bina konsep sains di sebalik fenomena ini. Raikan pendapat mereka sekali pun ia tidak 100% tepat.

2. Verbal linguistik - komunikasikan pemerhatian dalam bentuk penulisan dan percakapan. Galakkan mereka luahkan pendapatnya.

3. Interpersonal - kongsikan maklumat ini dengan orang lain. Ajak berbincang, kongsi pendapat, belajar mendengar dan tunggu giliran untuk memberi pendapat.

4. Muzikal - ciptakan lagu atau bunyian muzik daripada inspirasi fenomena ini.

5. Body kinestetik - sampaikan lagu atau karya itu dengan gerak badan berirama.

6. Intrapersonal - buatkan satu karya yang bertajuk 'Akulah Si Bulan Itu'

7. Visual Spatial - lukiskan fenomena bulan.

8. Naturalist - kaitkan fenomena bulan penuh dengan kesannya terhadap alam semulajadi.