Showing posts with label bakat dan karier. Show all posts
Showing posts with label bakat dan karier. Show all posts

Bakat di Sebalik Aktiviti Bertani



“Orang yang boleh membaca alam itu, mampu menggenggam dunia.”

Kami tertarik dengan kata-kata ini, yang diucapkan oleh salah seorang yang ditemubual dalam video empat minit ini. Ia dorongan positif yang besar kepada individu yang mahu bercucuk tanam (kami khususkan untuk skop dalam video ini). Mengapa?

Ada 4 sebab :
1. Bercucuk tanam tidak hanya melibatkan tahu mencangkul tanah dan mencampak benih ke tapak semaian.
2. Ia memerlukan kemahiran membaca keadaan sekeliling terutama cuaca.
3. Gelagat pokok dalam musim panas dan hujan tidak serupa.
4. Gangguan serangga dan semut, perlu diatasi dengan skil berbeza. 

Dunia Yang Lebih Baik





“Orang yang boleh membaca alam itu, mampu menggenggam dunia.”

Saya tertarik dengan kata-kata ini, yang diucapkan oleh salah seorang yang ditemubual dalam video empat minit ini. Ia dorongan positif yang besar kepada individu yang mahu bercucuk tanam (saya khususkan untuk skop dalam video ini).

Mengapa?
1. Sebab bercucuk tanam tidak hanya melibatkan tahu mencangkul tanah dan mencampak benih ke tapak semaian. Kedua-dua hal ini juga skil yang perlu dikuasai.

2. Ia memerlukan kemahiran membaca keadaan sekeliling terutama cuaca. Apabila musim hujan, orang yang bertanam perlu mengurangkan isipadu air baja tanaman supaya tidak berlaku limpahan nutrien yang kemudiannya menumbuhkan lalang yang tidak diperlukan.

3. Apabila hari panas, petani perlu menambahkan kekerapan menyiram tanaman supaya tidak berlaku faktor dehidrasi.

4. Lain pula yang berlaku apabila ada gangguan semut atau serangga. Di sini, skil lain pula diperlukan.

Ia bukan pekerjaan yang mudah. 1001 macam perkara mengenai hidup dan tanggungjawab boleh dipelajari melalui proses ini.

Matlamatnya tetap sama. Menjalani hidup dengan baik dan bertujuan. Bagi orang Islam, ia akan menjadi bertujuan kerana Allah.

Jadi, mengapa pelajar corot selalu dilabel sebagai pelajar bermasalah?
Ia berlaku kerana persepsi masyarakat yang memandang akademik sebagai kunci kualiti kehidupan.

Ia sama sekali pandangan yang prejudis.

Mari kita lihat dari sudut lain, iaitu bakat.

Percaya atau tidak, setiap manusia mahu dilihat hebat. Sekalipun dia seorang penagih dadah, dia tetap mahu dipandang sebagai seorang yang hebat. Mereka juga mahu mempunyai harga diri yang mahal dan hidup dengan bertujuan.

Tetapi, persepsi tadi sering menyebabkan mereka gagal menjumpakan tempat dalam masyarakat. Apabila tersisih, mereka memilih hidup bersama orang-orang yang tersisih lalu mengikut laluan yang semakin menghitamkan pandangan hati.

Dalam video empat minit ini, kita jelas dengan satu perkara.

Skil boleh dilatih, melalui bimbingan dan dorongan yang betul.

Setiap orang mempunyai bakat berbeza. Corot di dalam matapelajaran tidak bermakna kita akan terkandas dalam perkara lain. Survival dalam dunia itu sendiri memerlukan lebih banyak skil penting di luar bilik darjah.

Tahukah tuan?
Bakat berkaitan alam dipanggil kepintaran semulajadi.
Kebanyakan orang yang terlibat dengan alam seperti veterinar, jurufoto pemandangan, ahli botani, pegawai kaji cuaca mempunyai bakat ini. Mereka teruja dan suka mengkaji alam.

Bagaimana mahu kenal bakat anak-anak tuan?
Mendaftar di sini, sebelum 7 Februari 2015 : http://bit.ly/KenalBakat
 

Artikel oleh : Rahmah Mokhtar

BAKAT WEATHER FORECASTER

Cik Puan Salleha Seth, Weather Forecaster (dulu), kini Talent Imagineer Sekolah Bakat.

Apakah bakat-bakat yang diperlukan untuk menjadi Weather Forecaster?
Karier sebagai Weather Forecaster merupakan salah satu cabang karier Fizik yang sangat mengujakan. Ini kerana, individu itu exposed kepada banyak aktiviti indoor dan outdoor. Jadi, apakah bakat-bakat yang diperlukan oleh Weather Forecaster untuk melaksanakan tugasnya?
1. Bakat logik matematik - beliau perlu mempunyai skil dan kebolehan untuk memerhati dan menganalisa maklumat cuaca serta membuat keputusan daripada analisis tersebut. Beliau memerlukan ilmu Fizik untuk menjalankan tugas ini.
2. Bakat visual spatial - hampir semua maklumat meteorlogi disampaikan dalam bentuk grafik. Presentationnya juga dalam bentuk grafik. Mereka banyak membaca carta dan diagram.
3. Bakat interpersonal - meteorologist tidak bekerja berseorangan. Sebaliknya, setiap keputusan mereka dicapai berdasarkan perbincangan kumpulan. Mereka juga kerap berjumpa dengan pelbagai jenis klien daripada orang awam, wartawan, korporat sampailah menteri.
4. Bakat linguistik - meteorologist banyak menulis artikel seperti kolum surat khabar, content untuk page dan website. malah, mereka perlu tahu bagaimana untuk mengolah istilah saintifik menjadi istilah yang boleh difahami oleh orang awam. Selain itu, mereka perlu persembahkan konten tersebut kepada audien.
5. Bakat naturalist - bagi meteorologist yang bertugas sebagai agrometeorologist, mereka banyak membuat kajian mengenai cuaca dan iklim untuk pertanian. Oleh itu, mereka perlu faham kaitan cuaca dengan sifat tumbuhan.

MENGENAL BAKAT DI SEBALIK PERMAINAN MERIAM BULUH

Meriam buluh hari raya. Sumber foto: dtenggara.blogspot.com

Adakah mereka suka modify bunga api, mercun atau meriam buluh? Aktiviti ini memerlukan imaginasi (idea memodifikasi) dan merealisasikan idea ke dalam dunia sebenar. Mereka juga perlu bijak menyukat kadar isi belerang mengikut panjang dan lebar buluh. Potensi bakat yang terlibat adalah visual-spatial, logik matematik dan bodily-kinesthetics. 

Apakah bidang yang mungkin sesuai dengan bakat mereka? Kejuruteraan.

BAKAT TIDAK MEMILIH KAYA ATAU MISKIN


Anak ini berasal dari sebuah perkampungan kecil dan mundur di Tanzania. Di dalam kelasnya hanya ada satu buku teks sahaja yang dikongsi beramai-ramai. 

Kerana minat, cita-cita dan bakat logic-matematiknya yang menyerlah, dia dapat menyambung pelajaran di Florida Air Academy, USA. 

Nota: Bakat beliau dikesan oleh Epic Change, sebuah badan NGO yang bermatlamat merealisasikan impian seseorang sehingga menjadi kenyataan.

Rujukan: www.npr.org 

KARIER DI SEBALIK BAKAT MELUKIS




Apakah potensi bakat yang dapat dilihat daripada aktiviti ini?

Anak ini tekun melukis. Detail lukisannya hampir sama dengan lukisan pada flash card. Dia mempunyai skil memerhati yang detail. Koordinasi mata dan tangannya bagus. Dia ada potensi jenis bakat visual spatial.

Kemudian, dia modify lukisan asal flashcard menjadi sebuah lukisan baharu. Dia kata, lukisannya adalah tentang satu sarang telur yang sedang digril. Telur itu kepanasan. Anak ini mempunyai daya imaginasi yang tinggi serta berpotensi mengolah bahan menjadi cerita. Dia ada potensi menjadi content producer.

Content producer sangat diperlukan dalam bidang kreatif seperti drama, event, game content, copywriting. Ditambah pula dengan potensi bakat visual spatial, dia boleh gabungkan kedua-dua bakat ini sebagai animator (contoh Siri Boboiboy), penulis komik, penulis siri kartun.

Langkah seterusnya adalah mengasah bakat ini supaya dia boleh berfikir dan bertindak seperti usahawan. Cara ini membantunya untuk hidup berdikari pada masa hadapan tanpa perlu bergantung sepenuhnya pada peluang pekerjaan. Dia sendiri boleh mencipta kerjayanya dan menggunakan kepakarannya di peringkat global. Ini adalah antara peluang mencipta kerjaya dan kekayaan pada zaman New Economy.

BAKAT NATURALIST



Individu yang mempunyai bakat naturalist mempunyai kecenderungan berikut:-
1. Sukakan aktiviti outdoor. Dia 'hidup' apabila berada di luar rumah. 
2. Dia sukakan haiwan. Haiwan pun mudah mendekatinya. 
3. Dia pandai bercucuk tanam. Campak saja biji benih terus menjadi.
4. Dia sukakan aktiviti nature seperti camping dan kembara.

Individu yang mempunyai bakat ini cenderung menjadi:-
1. Ecologist
2. Botanist
3. Vet (doktor haiwan)
4. Usahawan yang melibatkan haiwan
5. Usahawan yang melibatkan pertanian

Nabi Muhammad mempunyai bakat naturalist. Beliau pandai menguruskan ternakan kambing sehingga mampu mencipta pendapatan daripada servis tersebut sewaktu zaman kanak-kanak.

Bakat ini juga menjayakan 'reintroduction' serigala ke dalam ekosistem Taman Negara Yellowstone yang gersang suatu ketika dahulu.

BAKAT PROGRAMMER

Tuan Akmal Fikri, Programmer. 

Tim Sekolah Bakat telah menginterbiu Tuan Akmal Fikri Abdul Rahman (foto), seorang programmer. Bagaimanakah beliau menggunakan bakatnya untuk melaksanakan tugas? Ikuti interbiu ini. 
-------------------------------------------------------------------------------------------
Tuan Akmal Fikri adalah Chief Technological Officer (CTO) di ABS Holdings Sdn Bhd. Beliau berpengalaman 9 tahun dalam bidang programming. Antara projek beliau adalah membangunkan website ‘Rangkaian Tadika ABS’. Website ini

+ menjadi laman untuk pelawat mendapatkan maklumat
+ sistem yang memudahkan komunikasi maya antara ibu bapa dengan pengusaha tadika
+ sistem yang memudahkan urusan pentadbiran dan akaun antara rangkaian tadika dengan HQ

Apakah bakat-bakat yang perlu ada pada seorang programmer?

Bakat logic matematik.
Programmer perlu menguasai kod-kod programming sebelum mula berkomunikasi dengan computer. Dia sentiasa berfikir secara logic bagaimana mahu menyelesaikan sesuatu masalah. Setiap kali ada cadangan solusi, dia akan uji ia sehingga berjaya. Corak kerja yang memerlukan mereka berfikir logic, analisis dan kritis serta memahami paten kod-kod adalah termasuk dalam kategori bakat logic matematik.

Bakat interpersonal
Sebelum memulakan tugas, programmer akan berjumpa dengan klien. Dia akan mendengar apakah kehendak klien. Selalunya, klien tidak jelas dengan apa yang mereka mahukan. Oleh itu, programmer akan sentiasa berkomunikasi dengan klien sehingga mereka jelas dengan apa yang mereka mahukan dan projek siap dibangunkan dan beroperasi.

Bakat verbal linguistic
Programmer akan membentangkan progress projeknya kepada klien. Bagi memudahkan komunikasi di antara programmer dengan klien, maka programmer perlu menjadikan gaya bahasa programming nya ringkas sehingga mudah difahami oleh klien.

Bakat intrapersonal
Kebanyakan programmer suka bekerja sendirian. Mereka mempunyai disiplin tersendiri. Tidak suka diganggu dan sukakan privasi. Mereka tidak suka dikongkong. Jadi, tidak hairanlah kebanyakan programmer bekerja secara freelance.

Bakat visual spatial
Sesetengah programmer cum web designer, mereka boleh mendesain website supaya menjadi cantik dan menarik kepada pelawat. Mereka yang membuat tugas web designing ini mempunyai bakat visual spatial.
------------------------------------------------------------------------------------------
Ringkasnya, kita dapat mencapai impian dengan menggunakan bakat yang ada dalam diri. Masalahnya, apakah bakat dan kekuatan yang ada pada diri kita? Sekolah Bakat ABS membantu merangsang bakat dalam diri individu seterusnya membantu individu itu mengenal kekuatan diri masing-masing.

Temui individu-individu yang sudah berjaya membina hidup mereka bersandarkan bakat dan kekuatan masing-masing di Kongres Sekolah Bakat ABS. 

BAKAT USAHAWAN TANI

Tuan Helmi Suhaimi, Usahawan Tani.

Pokok lada yang ditanam secara organik. 
Berapakah pendapatan usahawan tani sebulan? Menurut Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), seorang usahawan tani mampu memperoleh pendapatan sekitar RM30,000 sehingga RM50,000 sebulan. 

Malah, usahawan tani itu juga dapat mencipta pekerjaan untuk orang lain. Usahawan tani yang mengusahakan tanaman secara organik membantu masyarakat mendapatkan makanan yang berkhasiat dan menyihatkan. Berganda-ganda kebaikan dan pahala yang diperolehi oleh seorang usahawan tani.

Untuk menjadi usahawan tani yang berjaya, dia memerlukan bakat-bakat tertentu untuk melaksanakan kerjanya. Apakah bakat-bakat itu? Minggu ini, tim Sekolah Bakat ABS menemuramah Tuan Helmi Suhaimi, seorang usahawan tani yang mengusahakan tanaman organik.

1. Apakah karier Tuan?

Untuk karier atau apa yang saya usahakan ada dua. Yang pertama, saya merupakan seorang Green Economist atau secara mudahnya Usahawan Tani. Usaha ini merupakan satu usaha yang berlaku sejak tahun 2012.

Selain usahawan tani, saya juga adalah seorang Jurulatih Pembangunan Bakat dan Inovasi. Saya merangka modul berkaitan membangunkan bakat serta inovasi. Klien terdiri daripada individu perseorangan, sekolah, institusi, organisasi dan kementerian. Ia melalui syarikat yang dibentuk pada 2011 iaitu Inspirasi Bakat.

2. Apakah bakat-bakat yang diperlukan untuk menjadi seorang
usahawan tani yang berjaya?

Banyak gabungan bakat yang diperlukan untuk menjadi usahawan tani yang berjaya. Bakat-bakat yang diperlukan adalah :-

i. Bakat Body Kinestetik -Saya memerlukan aktiviti fizikal dalam kedua-dua perkara yang saya sedang usahakan. Dalam pertanian, wajib untuk mengangkat cangkul, tong dan lain-lain. Pergerakan badan satu kemestian dalam bertani.

ii. Bakat naturalist -Ini sememangnya bakat yang paling dekat sebagai seorang usahawan tani. Setiap hari perlu bermain-main serta bercakap-cakap dengan pokok, mengawal serangga perosak, berhubung dengan haiwan dan lain-lain lagi.

iii. Bakat Intrapersonal -Ketika di kebun atau bertani ini adalah bakat yang digunapakai. Bersendirian dan berseorangan menghadap tanaman.

iv. Bakat Muzikal - Pertanian memerlukan saya fokus untuk bersama-sama dengan tanaman dan muzik tidak dapat dibuka. Cuma kadang-kadang menyanyi-nyanyi sendiri.

v. Bakat Verbal Linguistik -Bakat ini saya gunakan ketika melakukan penerangan berkaitan pertanian dan tanaman. Kadangkala perlu menulis dan sesekali bercakap untuk memberi pemahaman berkaitan teknik dan cara tanaman dilaksanakan.

vi. Bakat Logik Matematik - Logiknya untuk mendapat hasil yang berkualiti dan bermutu perlu untuk melakukan penaakulan secara serius. Perlunya saya tahu kos projek dan jumlah jangkaan keuntungan. Kira-kira perlu.

vii. Bakat Visual Spatial - Baik di dunia tani atau latihan, saya suka berimaginasi untuk melihat hasil yang akan diperolehi. Gambaran-gambaran sudah pasti ke arah sesuatu yang cantik dan indah. Ia sekadar imaginasi.

Gambar-gambar berkaitan hasil tani kerap diambil untuk memperhatikan hasilnya. Begitu juga dengan latihan, gambar diambil untuk kenangan dan perjalanan latihan.

3. Apakah nasihat Tuan kepada orang yang berminat untuk menjadi usahawan tani?

i. Percayalah, setiap individu mempunyai bakatnya tersendiri.
Apabila kita percaya kita akan terus komited dan mempamerkan hasil bakat tersebut.

ii. Setiap individu perlu selidik bakat dan melakukan eksplorasi berkenaan bakat mereka. Mereka perlu bangunkan, dapatkan ilmu, belajar dan terus belajar demi meningkatkan bakat mereka.

iii. Gunakan sepenuhnya kekuatan yang ada dalam diri dan jangan terlalu risau kelemahan diri. Uruskannya!

Berkaryalah dengan sesuatu yang dikurniakan!

BAKAT DAN KARIER DUNIA HAIWAN


Apakah karakter orang yang suka studi tentang haiwan? 

Orang yang suka studi tentang haiwan dikategorikan dalam kecerdasan naturalist. Kecerdasan naturalist adalah apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan flora dan fauna dan alam sekitar seperti memancing, mendaki gunung, outdoor camp, memelihara haiwan, tanaman dan mempunyai awareness yang tinggi terhadap ekologi.

Contoh karier yang menggunakan kecerdasan naturalist yang tinggi adalah doktor haiwan, saintis bidang zoology, trainer haiwan, saintis botani dan herbalist. Pegawai-pegawai yang membuat kerja-kerja penyelidikan dan pengklonan pokok adalah tergolong dalam kategori naturalist. Mereka yang bekerja di National Geographics mempunyai kecerdasan naturalist yang tinggi.

Kecerdasan naturalist ada dalam diri setiap manusia tetapi dalam degree yang berbeza-beza. Kecerdasan naturalist yang tinggi dapat membentuk karakter manusia yang cintakan alam sekitar. Degree kecerdasan yang lebih tinggi pula, mereka sanggup fight for the environment, sebagai contoh Greenpeace dan IPCC (Intergovernmental Panel on Climate Change).

Kecerdasan naturalist dapat dipupuk sejak kecil melalui program-program rangsangan bakat. Sekolah Bakat melalui program Talent Xcite bertanggungjawab membangunkan dan menjalankan modul-modul merangsang bakat.