Showing posts with label merangsang bakat. Show all posts
Showing posts with label merangsang bakat. Show all posts

Dunia Yang Lebih Baik





“Orang yang boleh membaca alam itu, mampu menggenggam dunia.”

Saya tertarik dengan kata-kata ini, yang diucapkan oleh salah seorang yang ditemubual dalam video empat minit ini. Ia dorongan positif yang besar kepada individu yang mahu bercucuk tanam (saya khususkan untuk skop dalam video ini).

Mengapa?
1. Sebab bercucuk tanam tidak hanya melibatkan tahu mencangkul tanah dan mencampak benih ke tapak semaian. Kedua-dua hal ini juga skil yang perlu dikuasai.

2. Ia memerlukan kemahiran membaca keadaan sekeliling terutama cuaca. Apabila musim hujan, orang yang bertanam perlu mengurangkan isipadu air baja tanaman supaya tidak berlaku limpahan nutrien yang kemudiannya menumbuhkan lalang yang tidak diperlukan.

3. Apabila hari panas, petani perlu menambahkan kekerapan menyiram tanaman supaya tidak berlaku faktor dehidrasi.

4. Lain pula yang berlaku apabila ada gangguan semut atau serangga. Di sini, skil lain pula diperlukan.

Ia bukan pekerjaan yang mudah. 1001 macam perkara mengenai hidup dan tanggungjawab boleh dipelajari melalui proses ini.

Matlamatnya tetap sama. Menjalani hidup dengan baik dan bertujuan. Bagi orang Islam, ia akan menjadi bertujuan kerana Allah.

Jadi, mengapa pelajar corot selalu dilabel sebagai pelajar bermasalah?
Ia berlaku kerana persepsi masyarakat yang memandang akademik sebagai kunci kualiti kehidupan.

Ia sama sekali pandangan yang prejudis.

Mari kita lihat dari sudut lain, iaitu bakat.

Percaya atau tidak, setiap manusia mahu dilihat hebat. Sekalipun dia seorang penagih dadah, dia tetap mahu dipandang sebagai seorang yang hebat. Mereka juga mahu mempunyai harga diri yang mahal dan hidup dengan bertujuan.

Tetapi, persepsi tadi sering menyebabkan mereka gagal menjumpakan tempat dalam masyarakat. Apabila tersisih, mereka memilih hidup bersama orang-orang yang tersisih lalu mengikut laluan yang semakin menghitamkan pandangan hati.

Dalam video empat minit ini, kita jelas dengan satu perkara.

Skil boleh dilatih, melalui bimbingan dan dorongan yang betul.

Setiap orang mempunyai bakat berbeza. Corot di dalam matapelajaran tidak bermakna kita akan terkandas dalam perkara lain. Survival dalam dunia itu sendiri memerlukan lebih banyak skil penting di luar bilik darjah.

Tahukah tuan?
Bakat berkaitan alam dipanggil kepintaran semulajadi.
Kebanyakan orang yang terlibat dengan alam seperti veterinar, jurufoto pemandangan, ahli botani, pegawai kaji cuaca mempunyai bakat ini. Mereka teruja dan suka mengkaji alam.

Bagaimana mahu kenal bakat anak-anak tuan?
Mendaftar di sini, sebelum 7 Februari 2015 : http://bit.ly/KenalBakat
 

Artikel oleh : Rahmah Mokhtar

Cerita Bakat di sebalik Movie 'Forrest Gump'



Forrest Gump ialah seorang lelaki dengan I.Q rendah tetapi seorang anak yang sangat disayangi oleh ibunya. Dia menjalani kehidupan kanak-kanaknya dengan satu-satunya sahabat baiknya Jenny.

Walaupun Forrest sedikit berbeza dengan orang lain, ibunya sentiasa percaya bahawa anaknya mampu menjalani kehidupan seperti orang biasa. Ibunya mengajar Forrest cara-cara menjalani kehidupan dan membiarkan Forrest untuk memilih jalan hidupnya sendiri kerana dia percaya Forrest mempunyai bakat yang luarbiasa.

Beberapa peritiwa menarik berlaku apabila bakat Forrest mula disedari oleh beberapa individu penting. Forrest menyertai tentera untuk berkhidmat di Vietnam, bersahabat dengan Dan dan Bubba, dia memenangi beberapa pingat, mewujudkan armada memancing udang yang terkenal, memberi inspirasi kepada masyarakat untuk berjoging, mencipta logo senyum, menderma kepada yang memerlukan dan menyertai beberapa buah syarikat gergasi.

Kuasa pengaruh dan dorongan seorang ibu kepada anaknya akan dapat anda saksikan di sepanjang filem ini. Ibu adalah inspirasi Forrest untuk mencipta masa depannya yang cerah.

MENGENAL BAKAT DI SEBALIK PERMAINAN BATU SEREMBAN

Permainan batu seremban. Sumber foto: serembanbatu.blogspot.com


Bagaimana mengenal bakat melalui permainan batu seremban? 
+ kerjasama (kecerdikan interpersonal)
+ mengetuai permainan (kecerdikan interpersonal)
+ tukang kira untuk kawan-kawan (kecerdikan logic-maths)
+ cekap tangkap bantal dan selalu menang (kecerdikan body-kinaesthetic)

BAKAT DI SEBALIK PERMAINAN BALING SELIPAR

Permainan Baling Selipar. Sumber foto: ohtidak.com

Bagaimana mengenal bakat melalui permainan baling selipar?
+ tukang ajak bermain (kecerdikan interpersonal)
+ handal baling selipar tepat pada sasaran (kecerdikan visual-spatial)
+ berlari lincah dan susah terkena balingan selipar (kecerdikan body-kinestetik)

MERANGSANG BAKAT DALAM AKTIVITI GERHANA BULAN

Malam ini bakal berlaku fenomena Gerhana Bulan Penuh. Masukkan aktiviti-aktiviti seperti di bawah ini untuk mencanai potensi bakat anak-anak. 

1. Logik Matematik - pergi ke Planetarium atau Putrajaya (seperti dalam poster). Lihat melalui teleskop. Daripada pemerhatian, bina konsep sains di sebalik fenomena ini. Raikan pendapat mereka sekali pun ia tidak 100% tepat.

2. Verbal linguistik - komunikasikan pemerhatian dalam bentuk penulisan dan percakapan. Galakkan mereka luahkan pendapatnya.

3. Interpersonal - kongsikan maklumat ini dengan orang lain. Ajak berbincang, kongsi pendapat, belajar mendengar dan tunggu giliran untuk memberi pendapat.

4. Muzikal - ciptakan lagu atau bunyian muzik daripada inspirasi fenomena ini.

5. Body kinestetik - sampaikan lagu atau karya itu dengan gerak badan berirama.

6. Intrapersonal - buatkan satu karya yang bertajuk 'Akulah Si Bulan Itu'

7. Visual Spatial - lukiskan fenomena bulan.

8. Naturalist - kaitkan fenomena bulan penuh dengan kesannya terhadap alam semulajadi.