Showing posts with label interpersonal. Show all posts
Showing posts with label interpersonal. Show all posts

MENGENAL BAKAT DI SEBALIK PERMAINAN BATU SEREMBAN

Permainan batu seremban. Sumber foto: serembanbatu.blogspot.com


Bagaimana mengenal bakat melalui permainan batu seremban? 
+ kerjasama (kecerdikan interpersonal)
+ mengetuai permainan (kecerdikan interpersonal)
+ tukang kira untuk kawan-kawan (kecerdikan logic-maths)
+ cekap tangkap bantal dan selalu menang (kecerdikan body-kinaesthetic)

MENGENAL BAKAT DI SEBALIK PERMAINAN CEPER

Permainan ceper. Sumber foto: muaz.deviantart.com

Bagaimana mengenal bakat melalui permainan ceper?
+ kumpul kawan ajak bermain (kecerdikan interpersonal)
+ tukang kira poin (kecerdikan logic-maths)
+ cekap tangkap ceper. Susah betul nak mati (kecerdikan body-kinestetik)
+ target tembak ceper selalu tepat. Susah betul nak mati (kecerdikan visual-spatial)

BAKAT DI SEBALIK PERMAINAN BALING SELIPAR

Permainan Baling Selipar. Sumber foto: ohtidak.com

Bagaimana mengenal bakat melalui permainan baling selipar?
+ tukang ajak bermain (kecerdikan interpersonal)
+ handal baling selipar tepat pada sasaran (kecerdikan visual-spatial)
+ berlari lincah dan susah terkena balingan selipar (kecerdikan body-kinestetik)

MENGENAL BAKAT DI SEBALIK PERMAINAN BALING TIN

Permainan Baling Tin. Sumber foto: nota-notapismppj.blogspot.com

Bagaimana mengenal bakat melalui permainan baling tin? 

+ kumpul kawan untuk bermain (kecerdikan interpersonal)
+ tepat baling tin sampai semuanya jatuh (kecerdikan visual-spatial)
+ licik menyusun tin semasa kejar-kejar (kecerdikan visual-spatial)
+ pantas berlari dan licik mengelak dibaling bola (kecerdikan body-kinestetik)

BAKAT-BAKAT NABI MUHAMMAD

Sewaktu kanak-kanak, Nabi Muhammad mengembala kambing.
+Beliau perlu pastikan bilangan kambing sentiasa cukup. Pada hal, beliau tidak mengenal nombor. (bakat logic maths)
+Beliau tahu mana kambing sihat, mana kambing sakit, mana kambing bunting. (bakat naturalist)
+Beliau ingat jalan menuju ke padang rumput di kawasan gurun Makkah itu. (bakat visual spatial)
+Beliau pandai berkomunikasi dengan pelanggan-pelanggan empunya kambing. (bakat interpersonal)

BAKAT WEATHER FORECASTER

Cik Puan Salleha Seth, Weather Forecaster (dulu), kini Talent Imagineer Sekolah Bakat.

Apakah bakat-bakat yang diperlukan untuk menjadi Weather Forecaster?
Karier sebagai Weather Forecaster merupakan salah satu cabang karier Fizik yang sangat mengujakan. Ini kerana, individu itu exposed kepada banyak aktiviti indoor dan outdoor. Jadi, apakah bakat-bakat yang diperlukan oleh Weather Forecaster untuk melaksanakan tugasnya?
1. Bakat logik matematik - beliau perlu mempunyai skil dan kebolehan untuk memerhati dan menganalisa maklumat cuaca serta membuat keputusan daripada analisis tersebut. Beliau memerlukan ilmu Fizik untuk menjalankan tugas ini.
2. Bakat visual spatial - hampir semua maklumat meteorlogi disampaikan dalam bentuk grafik. Presentationnya juga dalam bentuk grafik. Mereka banyak membaca carta dan diagram.
3. Bakat interpersonal - meteorologist tidak bekerja berseorangan. Sebaliknya, setiap keputusan mereka dicapai berdasarkan perbincangan kumpulan. Mereka juga kerap berjumpa dengan pelbagai jenis klien daripada orang awam, wartawan, korporat sampailah menteri.
4. Bakat linguistik - meteorologist banyak menulis artikel seperti kolum surat khabar, content untuk page dan website. malah, mereka perlu tahu bagaimana untuk mengolah istilah saintifik menjadi istilah yang boleh difahami oleh orang awam. Selain itu, mereka perlu persembahkan konten tersebut kepada audien.
5. Bakat naturalist - bagi meteorologist yang bertugas sebagai agrometeorologist, mereka banyak membuat kajian mengenai cuaca dan iklim untuk pertanian. Oleh itu, mereka perlu faham kaitan cuaca dengan sifat tumbuhan.

BAKAT PROGRAMMER

Tuan Akmal Fikri, Programmer. 

Tim Sekolah Bakat telah menginterbiu Tuan Akmal Fikri Abdul Rahman (foto), seorang programmer. Bagaimanakah beliau menggunakan bakatnya untuk melaksanakan tugas? Ikuti interbiu ini. 
-------------------------------------------------------------------------------------------
Tuan Akmal Fikri adalah Chief Technological Officer (CTO) di ABS Holdings Sdn Bhd. Beliau berpengalaman 9 tahun dalam bidang programming. Antara projek beliau adalah membangunkan website ‘Rangkaian Tadika ABS’. Website ini

+ menjadi laman untuk pelawat mendapatkan maklumat
+ sistem yang memudahkan komunikasi maya antara ibu bapa dengan pengusaha tadika
+ sistem yang memudahkan urusan pentadbiran dan akaun antara rangkaian tadika dengan HQ

Apakah bakat-bakat yang perlu ada pada seorang programmer?

Bakat logic matematik.
Programmer perlu menguasai kod-kod programming sebelum mula berkomunikasi dengan computer. Dia sentiasa berfikir secara logic bagaimana mahu menyelesaikan sesuatu masalah. Setiap kali ada cadangan solusi, dia akan uji ia sehingga berjaya. Corak kerja yang memerlukan mereka berfikir logic, analisis dan kritis serta memahami paten kod-kod adalah termasuk dalam kategori bakat logic matematik.

Bakat interpersonal
Sebelum memulakan tugas, programmer akan berjumpa dengan klien. Dia akan mendengar apakah kehendak klien. Selalunya, klien tidak jelas dengan apa yang mereka mahukan. Oleh itu, programmer akan sentiasa berkomunikasi dengan klien sehingga mereka jelas dengan apa yang mereka mahukan dan projek siap dibangunkan dan beroperasi.

Bakat verbal linguistic
Programmer akan membentangkan progress projeknya kepada klien. Bagi memudahkan komunikasi di antara programmer dengan klien, maka programmer perlu menjadikan gaya bahasa programming nya ringkas sehingga mudah difahami oleh klien.

Bakat intrapersonal
Kebanyakan programmer suka bekerja sendirian. Mereka mempunyai disiplin tersendiri. Tidak suka diganggu dan sukakan privasi. Mereka tidak suka dikongkong. Jadi, tidak hairanlah kebanyakan programmer bekerja secara freelance.

Bakat visual spatial
Sesetengah programmer cum web designer, mereka boleh mendesain website supaya menjadi cantik dan menarik kepada pelawat. Mereka yang membuat tugas web designing ini mempunyai bakat visual spatial.
------------------------------------------------------------------------------------------
Ringkasnya, kita dapat mencapai impian dengan menggunakan bakat yang ada dalam diri. Masalahnya, apakah bakat dan kekuatan yang ada pada diri kita? Sekolah Bakat ABS membantu merangsang bakat dalam diri individu seterusnya membantu individu itu mengenal kekuatan diri masing-masing.

Temui individu-individu yang sudah berjaya membina hidup mereka bersandarkan bakat dan kekuatan masing-masing di Kongres Sekolah Bakat ABS. 

MOVIE BAKAT: GOOD WILL HUNTING

Mengisahkan seorang budak lelaki yang mempunyai kecergasan logik matematik dan visual spatial yang tinggi. Sungguh pun demikian, beberapa side backs berlaku dalam dirinya yang membuatkan dia tidak memanfaatkan sepenuhnya potensi tersebut. 

Sejak kecil, dia didera. Apabila besar, sikapnya menjadi kasar, tidak berdisiplin dan sukar untuk bergaul dengan orang lain malah sukar untuk mengawal dirinya sendiri. Dia juga tiada keyakinan diri. [ini adalah side back jangka masa panjang apabila kanak-kanak selalu didera sejak kecil].

Di sini, kita dapat lihat pembangunan bakat diri seseorang yang tidak seimbang. Hebat dalam logik matematik sahaja tidak dapat membantu seseorang itu untuk pergi jauh tinggi. Ia memerlukan kombinasi bakat holistik.

Dalam hal ini, dia memerlukan therapist untuk membantu dia mengenal diri (kecergasan intrapersonal).

Dia tidak berkomunikasi dengan baik dengan orang lain sehingga berlakunya pergaduhan (kecergasan interpersonal).

Sebuah karya yang bermakna untuk kita tonton.

BAKAT USAHAWAN TANI

Tuan Helmi Suhaimi, Usahawan Tani.

Pokok lada yang ditanam secara organik. 
Berapakah pendapatan usahawan tani sebulan? Menurut Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), seorang usahawan tani mampu memperoleh pendapatan sekitar RM30,000 sehingga RM50,000 sebulan. 

Malah, usahawan tani itu juga dapat mencipta pekerjaan untuk orang lain. Usahawan tani yang mengusahakan tanaman secara organik membantu masyarakat mendapatkan makanan yang berkhasiat dan menyihatkan. Berganda-ganda kebaikan dan pahala yang diperolehi oleh seorang usahawan tani.

Untuk menjadi usahawan tani yang berjaya, dia memerlukan bakat-bakat tertentu untuk melaksanakan kerjanya. Apakah bakat-bakat itu? Minggu ini, tim Sekolah Bakat ABS menemuramah Tuan Helmi Suhaimi, seorang usahawan tani yang mengusahakan tanaman organik.

1. Apakah karier Tuan?

Untuk karier atau apa yang saya usahakan ada dua. Yang pertama, saya merupakan seorang Green Economist atau secara mudahnya Usahawan Tani. Usaha ini merupakan satu usaha yang berlaku sejak tahun 2012.

Selain usahawan tani, saya juga adalah seorang Jurulatih Pembangunan Bakat dan Inovasi. Saya merangka modul berkaitan membangunkan bakat serta inovasi. Klien terdiri daripada individu perseorangan, sekolah, institusi, organisasi dan kementerian. Ia melalui syarikat yang dibentuk pada 2011 iaitu Inspirasi Bakat.

2. Apakah bakat-bakat yang diperlukan untuk menjadi seorang
usahawan tani yang berjaya?

Banyak gabungan bakat yang diperlukan untuk menjadi usahawan tani yang berjaya. Bakat-bakat yang diperlukan adalah :-

i. Bakat Body Kinestetik -Saya memerlukan aktiviti fizikal dalam kedua-dua perkara yang saya sedang usahakan. Dalam pertanian, wajib untuk mengangkat cangkul, tong dan lain-lain. Pergerakan badan satu kemestian dalam bertani.

ii. Bakat naturalist -Ini sememangnya bakat yang paling dekat sebagai seorang usahawan tani. Setiap hari perlu bermain-main serta bercakap-cakap dengan pokok, mengawal serangga perosak, berhubung dengan haiwan dan lain-lain lagi.

iii. Bakat Intrapersonal -Ketika di kebun atau bertani ini adalah bakat yang digunapakai. Bersendirian dan berseorangan menghadap tanaman.

iv. Bakat Muzikal - Pertanian memerlukan saya fokus untuk bersama-sama dengan tanaman dan muzik tidak dapat dibuka. Cuma kadang-kadang menyanyi-nyanyi sendiri.

v. Bakat Verbal Linguistik -Bakat ini saya gunakan ketika melakukan penerangan berkaitan pertanian dan tanaman. Kadangkala perlu menulis dan sesekali bercakap untuk memberi pemahaman berkaitan teknik dan cara tanaman dilaksanakan.

vi. Bakat Logik Matematik - Logiknya untuk mendapat hasil yang berkualiti dan bermutu perlu untuk melakukan penaakulan secara serius. Perlunya saya tahu kos projek dan jumlah jangkaan keuntungan. Kira-kira perlu.

vii. Bakat Visual Spatial - Baik di dunia tani atau latihan, saya suka berimaginasi untuk melihat hasil yang akan diperolehi. Gambaran-gambaran sudah pasti ke arah sesuatu yang cantik dan indah. Ia sekadar imaginasi.

Gambar-gambar berkaitan hasil tani kerap diambil untuk memperhatikan hasilnya. Begitu juga dengan latihan, gambar diambil untuk kenangan dan perjalanan latihan.

3. Apakah nasihat Tuan kepada orang yang berminat untuk menjadi usahawan tani?

i. Percayalah, setiap individu mempunyai bakatnya tersendiri.
Apabila kita percaya kita akan terus komited dan mempamerkan hasil bakat tersebut.

ii. Setiap individu perlu selidik bakat dan melakukan eksplorasi berkenaan bakat mereka. Mereka perlu bangunkan, dapatkan ilmu, belajar dan terus belajar demi meningkatkan bakat mereka.

iii. Gunakan sepenuhnya kekuatan yang ada dalam diri dan jangan terlalu risau kelemahan diri. Uruskannya!

Berkaryalah dengan sesuatu yang dikurniakan!

MERANGSANG BAKAT MENGGUNAKAN MEDIUM INSTAGRAM

Pergi ke taman atau padang sekolah selepas hujan atau selepas reda ribut petir. Keluarkan handphone dan klik gambar menggunakan Instagram. Jadikan ini aktiviti berkumpulan atau keluarga.

Tag nama mereka yang berkenaan. Lakukan aktiviti-aktiviti merangsang bakat seperti berikut :-

+ Verbal linguistik : berkongsi vocabulary dan write up di IG. Contoh, 'setelah awan kelam hilang, bermula nafas baru sekali lagi'. Ahli yang lain sambung. JANGAN KRITIK KARYA ITU. Ia akan membantutkan usaha merangsang bakat.

+ Visual spatial : menangkap gambar yang unik dan meaningful. Buatkan hashtag, contoh #afterrain. Semua orang ambil gambar dalam tema itu sahaja.

+ Logik matematik dan naturalist : Contoh, menghubung kait antara konsep sains cuaca dengan flora dan fauna. Pada gambar itu, tuliskan status. Contoh, titisan air di atas kelopak bunga, halus pada pandangan manusia, kasar pada sentuhan air.

+ Interpersonal : Kesemua aktiviti di atas merangsang bakat ini.

+ Intrapersonal : merefleksi diri melalui interaksi dengan alam sekeliling. Contoh, "Cuaca ini membuatkan saya rasa.... "

BAKAT-BAKAT DI SEBALIK MUSICAL FOUNTAIN



Bakat-bakat yang diperlukan untuk menghasilkan "Musical Fountain" ini adalah:

1. Visual spatial (mengimaginasikan tarian air)
2. Logic maths (coding system musical fountain dan sistem senibina dan kejuruteraan pancutan air)
3. Body kinestetik (simulasi tarian sebenar kepada air).
4. Musical auditory (menyesuaikan muzik dengan tarian air)
5. Interpersonal (kebolehan untuk menjadikan keseluruhan persembahan mendapat perhatian penonton)

Kredit foto: Cik Puan Fauzana Zainudin
Lokasi: Taman KLCC

LEMPENG MONYET & BAKAT



Orang yang mempunyai bakat ini memiliki gabungan kecerdasan-kecerdasan berikut:-

1. Bodily kinesthetics - skil melukis bentuk muka haiwan di atas kuali
2. Visual spatial - skil menterjemah imaginasi muka haiwan ke realiti dalam bentuk pankek
3. Logik matematik -
a. skil menyusun doh langkah demi langkah di atas penkek mengikut kadar tindakbalas haba terhadap doh.
b. Skil membuat sukatan doh mengikut aras kepekatan dan warna tertentu.

Gabungan kesemua kecerdasan ini dapat mengembangkan bakat semulajadi dalam diri seseorang. Seseorang yang mahu membangunkan bakatnya, perlu melalui proses rangsangan bakat. Sekolah Bakat ABS melaksanakan program rangsangan bakat bermula dari umur 5 tahun.

Sempena Kongres Sekolah Bakat pada 20 Disember ini, kami akan mengadakan Talent Workshop untuk anak-anak sementara ibu bapa pula menghadiri kongres. Pada hari itu juga, ibu bapa akan mengetahui analisis pola bakat anak yang hadir workshop tersebut.

MERANGSANG BAKAT DALAM AKTIVITI GERHANA BULAN

Malam ini bakal berlaku fenomena Gerhana Bulan Penuh. Masukkan aktiviti-aktiviti seperti di bawah ini untuk mencanai potensi bakat anak-anak. 

1. Logik Matematik - pergi ke Planetarium atau Putrajaya (seperti dalam poster). Lihat melalui teleskop. Daripada pemerhatian, bina konsep sains di sebalik fenomena ini. Raikan pendapat mereka sekali pun ia tidak 100% tepat.

2. Verbal linguistik - komunikasikan pemerhatian dalam bentuk penulisan dan percakapan. Galakkan mereka luahkan pendapatnya.

3. Interpersonal - kongsikan maklumat ini dengan orang lain. Ajak berbincang, kongsi pendapat, belajar mendengar dan tunggu giliran untuk memberi pendapat.

4. Muzikal - ciptakan lagu atau bunyian muzik daripada inspirasi fenomena ini.

5. Body kinestetik - sampaikan lagu atau karya itu dengan gerak badan berirama.

6. Intrapersonal - buatkan satu karya yang bertajuk 'Akulah Si Bulan Itu'

7. Visual Spatial - lukiskan fenomena bulan.

8. Naturalist - kaitkan fenomena bulan penuh dengan kesannya terhadap alam semulajadi.