(bakat) Mencipta Seni dari CNC Router


Menghasilkan seni daripada CNC Router
Apakah bakat-abakt yang diperlukan?
1. menghasilkan grafik --> visual spatial
2. membuat coding untuk CNC Router --> logik matematik
3. membuat mesin CNC Router --> bodily kinestetik + visual spatial + logik matematik
4. menjual dan memasarkan mesin CNC Router --> interpersonal
5. menjual dan memasarkan seni --> interpersonal

(karier) Pemanjat (climber)



Karier : Pemanjat (climber)
Climber menggunakan sepenuhnya bakat bodily kinesthetics.
Selain itu, fokus tinggi, mengikut arahan operasi dan sukakan outdoor.
Ciri-ciri orang yang tinggi bakat body kinestetik adalah tidak suka duduk diam, suka aktiviti lasak dan suka berada di luar bangunan.

Bakat di Sebalik Aktiviti Bertani



“Orang yang boleh membaca alam itu, mampu menggenggam dunia.”

Kami tertarik dengan kata-kata ini, yang diucapkan oleh salah seorang yang ditemubual dalam video empat minit ini. Ia dorongan positif yang besar kepada individu yang mahu bercucuk tanam (kami khususkan untuk skop dalam video ini). Mengapa?

Ada 4 sebab :
1. Bercucuk tanam tidak hanya melibatkan tahu mencangkul tanah dan mencampak benih ke tapak semaian.
2. Ia memerlukan kemahiran membaca keadaan sekeliling terutama cuaca.
3. Gelagat pokok dalam musim panas dan hujan tidak serupa.
4. Gangguan serangga dan semut, perlu diatasi dengan skil berbeza. 

Dunia Yang Lebih Baik





“Orang yang boleh membaca alam itu, mampu menggenggam dunia.”

Saya tertarik dengan kata-kata ini, yang diucapkan oleh salah seorang yang ditemubual dalam video empat minit ini. Ia dorongan positif yang besar kepada individu yang mahu bercucuk tanam (saya khususkan untuk skop dalam video ini).

Mengapa?
1. Sebab bercucuk tanam tidak hanya melibatkan tahu mencangkul tanah dan mencampak benih ke tapak semaian. Kedua-dua hal ini juga skil yang perlu dikuasai.

2. Ia memerlukan kemahiran membaca keadaan sekeliling terutama cuaca. Apabila musim hujan, orang yang bertanam perlu mengurangkan isipadu air baja tanaman supaya tidak berlaku limpahan nutrien yang kemudiannya menumbuhkan lalang yang tidak diperlukan.

3. Apabila hari panas, petani perlu menambahkan kekerapan menyiram tanaman supaya tidak berlaku faktor dehidrasi.

4. Lain pula yang berlaku apabila ada gangguan semut atau serangga. Di sini, skil lain pula diperlukan.

Ia bukan pekerjaan yang mudah. 1001 macam perkara mengenai hidup dan tanggungjawab boleh dipelajari melalui proses ini.

Matlamatnya tetap sama. Menjalani hidup dengan baik dan bertujuan. Bagi orang Islam, ia akan menjadi bertujuan kerana Allah.

Jadi, mengapa pelajar corot selalu dilabel sebagai pelajar bermasalah?
Ia berlaku kerana persepsi masyarakat yang memandang akademik sebagai kunci kualiti kehidupan.

Ia sama sekali pandangan yang prejudis.

Mari kita lihat dari sudut lain, iaitu bakat.

Percaya atau tidak, setiap manusia mahu dilihat hebat. Sekalipun dia seorang penagih dadah, dia tetap mahu dipandang sebagai seorang yang hebat. Mereka juga mahu mempunyai harga diri yang mahal dan hidup dengan bertujuan.

Tetapi, persepsi tadi sering menyebabkan mereka gagal menjumpakan tempat dalam masyarakat. Apabila tersisih, mereka memilih hidup bersama orang-orang yang tersisih lalu mengikut laluan yang semakin menghitamkan pandangan hati.

Dalam video empat minit ini, kita jelas dengan satu perkara.

Skil boleh dilatih, melalui bimbingan dan dorongan yang betul.

Setiap orang mempunyai bakat berbeza. Corot di dalam matapelajaran tidak bermakna kita akan terkandas dalam perkara lain. Survival dalam dunia itu sendiri memerlukan lebih banyak skil penting di luar bilik darjah.

Tahukah tuan?
Bakat berkaitan alam dipanggil kepintaran semulajadi.
Kebanyakan orang yang terlibat dengan alam seperti veterinar, jurufoto pemandangan, ahli botani, pegawai kaji cuaca mempunyai bakat ini. Mereka teruja dan suka mengkaji alam.

Bagaimana mahu kenal bakat anak-anak tuan?
Mendaftar di sini, sebelum 7 Februari 2015 : http://bit.ly/KenalBakat
 

Artikel oleh : Rahmah Mokhtar

Cerita Bakat di sebalik Movie 'Forrest Gump'



Forrest Gump ialah seorang lelaki dengan I.Q rendah tetapi seorang anak yang sangat disayangi oleh ibunya. Dia menjalani kehidupan kanak-kanaknya dengan satu-satunya sahabat baiknya Jenny.

Walaupun Forrest sedikit berbeza dengan orang lain, ibunya sentiasa percaya bahawa anaknya mampu menjalani kehidupan seperti orang biasa. Ibunya mengajar Forrest cara-cara menjalani kehidupan dan membiarkan Forrest untuk memilih jalan hidupnya sendiri kerana dia percaya Forrest mempunyai bakat yang luarbiasa.

Beberapa peritiwa menarik berlaku apabila bakat Forrest mula disedari oleh beberapa individu penting. Forrest menyertai tentera untuk berkhidmat di Vietnam, bersahabat dengan Dan dan Bubba, dia memenangi beberapa pingat, mewujudkan armada memancing udang yang terkenal, memberi inspirasi kepada masyarakat untuk berjoging, mencipta logo senyum, menderma kepada yang memerlukan dan menyertai beberapa buah syarikat gergasi.

Kuasa pengaruh dan dorongan seorang ibu kepada anaknya akan dapat anda saksikan di sepanjang filem ini. Ibu adalah inspirasi Forrest untuk mencipta masa depannya yang cerah.

PANGGUNG BAKAT : NEW POLICE STORY





Filem New Police Story diterbitkan pada tahun 2004. Ia mengisahkan seorang inspektor polis  yang ditentang oleh sekumpulan pemuda jahat yang hilang haluan akibat benci. Unsur-unsur unfair advantage dan kaitannya dengan perkembangan bakat dapat dilihat dengan jelas dalam filem berdurasi 124 minit ini.

Dalam cerita ini, watak-watak antagonis memiliki bakat yang hebat, mencipta permainan video. Namun, disebabkan mereka didorong oleh perasaan benci yang ditanam sejak kecil terhadap polis, bakat ini terarah ke lorong hitam dan digunakan sebagai cara melampiaskan dendam. Tidak hanya memberontak melalui permainan video, kumpulan pemuda yang diketuai oleh pemuda bernama Joe ini turut mengguna cara yang lebih keras, iaitu menjadikan babak di dalam permainan sebagai realiti.

Berlainan dengan watak pembantu yang dibawa oleh Nicholas Tse (Frank), dia didorong menjadi polis oleh unfair advantage apabila Inspektor Chan (Jackie Chan) menunjukkan sikap yang baik sebagai anggota polis dengan menghormati bapanya yang meninggal akibat kemalangan sewaktu mencuri.

Saya terganggu apabila melihat pengakhiran cerita ini. Ia menunjukkan bahawa sebenarnya Joe hanya mahukan perhatian dan kata-kata positif yang berisi kasih sayang daripada ayahnya, yang merupakan Ketua Polis Negara.

Kedua-dua watak pemuda berwatak putih dan hitam ini membesar dalam suasana berbeza. Joe membesar dalam kemewahan sementara Frank anak orang susah. Tetapi, akibat dorongan unfair advantage yang diterima semasa kecil, mereka mempunyai pandangan yang amat berbeza terhadap kehidupan. Besarnya faktor childhood memory terhadap pemilihan kerjaya setiap individu.

Artikel oleh: Rahmah Mokhtar