HIDUP DENGAN BAKAT : PEGAWAI METEOROLOGI




Apabila menonton berita perdana segmen Laporan Kaji Cuaca kita hanya melihat seorang yang kita selesa gelarkan sebagai ‘pembaca berita cuaca’ yang memberitahu mengenai keadaan dan ramalan kaji cuaca di sekitar ibu negeri dan bandar utama dunia.

Mungkin, menonton segmen ini membuat kita terkenang filem The Weather Man lakonan Nicolas Cage pada tahun 2005. Tetapi, ada sesuatu yang lebih besar daripada itu, iaitu bakat yang diperlukan bagi menyampaikan laporan cuaca itu dengan baik di hadapan lensa kamera.

Jadi, apakah bakat-bakat yang diperlukan untuk menjadi seorang Pegawai Meteorologi?
Pegawai Kaji Cuaca adalah salah satu cabang karier Fizik yang sangat mengujakan. Mengapa ia perlu kepada ilmu Fizik? Ini disebabkan individu itu perlu pendedahan yang banyak kepada aktiviti indoor dan outdoor. Tanpa pengetahuan Fizik yang kuat, dia akan mudah berasa kerjaya ini tidak menarik.

Bagi menggalas tugas dengan cemerlang, seorang pegawai meteorologi memerlukan bakat-bakat berikut:
1. Bakat logik matematik – Bakat ini perlu disebabkan kerjaya ini memerlukan skil dan kebolehan memerhati dan menganalisa maklumat cuaca serta membuat keputusan daripada analisis tersebut. Bagi memastikan maklumat ini dianalisis dengan teknik dan sikap yang betul, ilmu Fizik dalam mengukur dan menganalisa data mengenai sains alam adalah kritikal.
2. Bakat visual spatial - Hampir semua maklumat daripada meteorologi disampaikan dalam bentuk grafik. Penyampaiannya juga dibuat dalam bentuk grafik. Maka, pengulas kaji cuaca akan banyak membaca carta dan diagram.
3. Bakat interpersonal – Ahli kaji cuaca atau meteorologis tidak bekerja berseorangan. Sebaliknya, setiap keputusan mereka dicapai melalui perbincangan kumpulan. Mereka juga kerap berjumpa dengan pelbagai jenis klien yang terdiri daripada orang awam, wartawan, korporat dan menteri.
4. Bakat linguistik – Ahli kaji cuaca banyak menulis artikel seperti ruangan dalam surat khabar, blog dan laman web. Malah, mereka perlu menterjemah istilah saintifik kepada istilah yang boleh difahami oleh orang awam. Selain itu, mereka juga perlu menyampaikan konten tersebut kepada orang ramai dengan bahasa yang mudah difahami.
5. Bakat semulajadi (naturalist) - Bagi meteorologis yang bertugas sebagai agrometeorologis, mereka perlu membuat banyak kajian mengenai cuaca dan iklim untuk pertanian. Oleh itu, mereka perlu memahami perkaitan cuaca dengan sifat tumbuhan semasa membuat laporan.

Secara keseluruhan, lima jenis bakat ini perlu dikuasai oleh seorang individu supaya dia dapat berseronok dalam mengembangkan kerjayanya sebagai pengulas ramalan kaji cuaca.

Penulis: Rahmah Mokhtar
Artikel Asal: Salleha Seth

Apakah Gunanya Bakat Dalam Hidup Kita?

Soalan: Apa gunanya bakat dalam hidup kita? Jawapan: Bakat adalah tools yang diperlukan untuk mencapai cita-cita. Lebih banyak tools yang kita ada, maka lebih mudah untuk kita capai cita-cita kita. Soalan: Adakah cita-cita mesti berkaitan dengan bakat? Jawapan: Tidak. Bakat bekerja untuk mencapai cita-cita kita. Soalan: Jadi, kalau seseorang itu ada bakat menyanyi tetapi bercita-cita mahu menjadi doktor, bagaimana? Jawapan: Pada peringkat kanak-kanak, cita-cita boleh berubah mengikut persekitaran, minat dan exposure. Adalah biasa, bakat dan cita-cita tidak selari pada waktu ini. Pada peringkat kanak-kanak, aktiviti yang penting bagi mereka adalah membanyakkan pendedahan, mencuba pelbagai aktiviti baru dan bertanya kepada mereka tentang apakah yang seronok tentang aktiviti tersebut. Apabila ada banyak pendedahan, banyak pengalaman, maka kanak-kanak akan ada banyak pilihan tentang masa depan mereka. Kebiasaannya, apabila kanak-kanak menjadi remaja, mereka mula mencari kekuatan diri, mengenali diri sendiri dan merancang masa depan. Selalunya, cita-cita yang sebenar terbentuk pada tahap ini. http://ift.tt/1AdNsnE

Saya Pandai Di Sekolah tetapi Saya Tak Minat Jadi Doktor

Semalam saya ditanya oleh seorang bekas doktor perubatan. Doktor ini berhenti kerja dan buat kerja lain. 

Soalannya: "Bagaimana dengan orang yang dapat straight As di sekolah, sudah dapat kerja yang dimahukan tapi tak suka dengan kerja itu. Adakah itu ada kaitan dengan bakat?" 

Jawapan
1. Seseorang itu berjaya mendapat straight As kerana dia menguasai bakat dan skil yang diperlukan untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan. Bakat dan skil-skil ini belum tentu diperlukan dalam melaksanakan kerja sebagai doktor. 

2. Sejak kecil, semua hala tuju hidup kita ditentukan oleh persekitaran kita. Apabila dewasa dan sudah ada kerjaya, kita pula yang menentukan hala tuju hidup kita sendiri. Pada masa ini, kebanyakan kita termangu-mangu kerana kita tidak tahu bagaimana untuk bermula. 

Pada masa ini juga barulah kita belajar untuk mengenal diri sendiri dan berhadapan dengan konflik dalam diri. Tidak hairanlah ramai profesional muda berhenti kerja dan mengikut haluan bakat dan passion masing-masing. 

3. Apabila kita bekerja dalam bidang yang bukan kekuatan kita, sukar untuk kita menjadi orang yang kreatif dan resourceful. Again, ini akan menjadi konflik dalam diri sendiri. 

Solusi: 
1. Tingkatkan exposure. Banyakkan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti baru, jumpa dengan orang baru dan belajar ilmu baru. 

2. Jawab ujian-ujian personaliti diri dan ujian aptitude. Ia dapat membantu kita memberi gambaran tentang diri kita. 

3. Temukan kekuatan diri. Sekolah Bakat ABS akan mengadakan program exposure bakat, program discovery bakat dan kelas pembangunan bakat keusahawanan. http://ift.tt/1AdNsnE