Bagaimana Merangsang Bakat Anak Yang Suka Aktiviti Sains?

Imej: Little Ibnu Sina Camp

Soalan: anak saya suka buat eksperimen sains di rumah. Cita-citanya mahu menjadi saintis. Apakah yang perlu saya lakukan seterusnya?

Jawapan: Eksperimen sains banyak menggunakan kepintaran logic matematik. Kembangkan 8 kepintaran anak Puan dengan aktiviti-aktiviti berikut:-

Tema: Pengacara Science Show
1. Memilih karakter / watak untuk dibawa sebagai Pengacara Science Show (kepintaran intrapersonal)
2. Melakonkan watak itu ketika menjadi pengacara Science Show (kepintaran kinestetik tubuh)
3. Membuat skrip pengacara Science Show (kepintaran verbal linguistic)
4. Membuat penerangan konsep sains dalam bentuk lukisan atau gambarajah (kepintaran visual spatial)
5. Memilih dan memasukkan background music yang sesuai dengan mood penyampaian Science Show (kepintaran audio musical)
6. Membuat Science Show di taman bunga atau di laman rumah (kepintaran naturalist)
7. Menjemput kawan, ibu bapa dan adik beradik untuk menyaksikan Science Show (kepintaran interpersonal)

No comments:

Post a Comment