Cerita Bakat di sebalik Movie 'Forrest Gump'



Forrest Gump ialah seorang lelaki dengan I.Q rendah tetapi seorang anak yang sangat disayangi oleh ibunya. Dia menjalani kehidupan kanak-kanaknya dengan satu-satunya sahabat baiknya Jenny.

Walaupun Forrest sedikit berbeza dengan orang lain, ibunya sentiasa percaya bahawa anaknya mampu menjalani kehidupan seperti orang biasa. Ibunya mengajar Forrest cara-cara menjalani kehidupan dan membiarkan Forrest untuk memilih jalan hidupnya sendiri kerana dia percaya Forrest mempunyai bakat yang luarbiasa.

Beberapa peritiwa menarik berlaku apabila bakat Forrest mula disedari oleh beberapa individu penting. Forrest menyertai tentera untuk berkhidmat di Vietnam, bersahabat dengan Dan dan Bubba, dia memenangi beberapa pingat, mewujudkan armada memancing udang yang terkenal, memberi inspirasi kepada masyarakat untuk berjoging, mencipta logo senyum, menderma kepada yang memerlukan dan menyertai beberapa buah syarikat gergasi.

Kuasa pengaruh dan dorongan seorang ibu kepada anaknya akan dapat anda saksikan di sepanjang filem ini. Ibu adalah inspirasi Forrest untuk mencipta masa depannya yang cerah.

No comments:

Post a Comment