Sekolah Bakat ABS


Bakat di sebalik kepintaran bahasa Kanak-kanak yang suka membaca aktif menggunakan kepintaran bahasa. Anak ini mempunyai potensi bakat mempengaruhi orang dengan menyampaikan ucapan dengan perkataan yang bertenaga dan jelas tajwid sebutannya. Anak ini mempunyai potensi bakat mendorong orang membuat kebaikan melalui penulisan lirik lagunya yang indah, baik maksudnya dan senang difahami orang. Apakah persediaan ibu bapa untuk mencungkil bakat anak melalui kepintaran bahasa?

Sekolah Bakat ABS


via Sekolah Bakat ABS http://ift.tt/1FvfAWI

Mengenal Pasti Bakat Anak

Mengenal pasti bakat anak

Kita dapat mengenal pasti bakat anak melalui kepintarannya.

Hakikatnya, tiada ujian standard yang dapat mengenal pasti kepintaran seseorang sama ada dia kanak-kanak atau dewasa.

Sebaliknya, kita sendiri yang bertanya kepada diri sendiri tentang tingkah laku kita sewaktu melakukan rutin setiap hari.

Bagi kanak-kanak, salah satu cara untuk ibu bapa mengenal pasti kepintarannya adalah dengan memerhatikan tingkah lakunya ketika membuat kerja.

Oleh itu, ibu bapa perlu mengetahui tingkah laku bagi setiap kepintaran tersebut.


Penjelmaan Bakat

Penjelmaan bakat

Sesetengah bakat dapat dilihat sewaktu kanak-kanak masih kecil. Sesetengah bakat lagi hanya dapat dilihat apabila dia sudah dewasa. Sesetengah potensi bakat hilang apabila seseorang itu meningkat dewasa.

Oleh itu, adalah perlu untuk ibu bapa merancang aktiviti mengembangkan kepintaran sejak kecil. Ini adalah supaya pelbagai potensi b
akat dapat dicungkil sepanjang anak-anak meningkat usia.